Latest News

Thursday 8 January 2015

Peniaga Diminta Turunkan Harga Barangan


EKORAN penurunan harga minyak, para peniaga diminta menurunkan harga barangan.  Harga minyak telah turun 35 sen seliter. Namun sehingga kini, belum ada tanda-tanda para peniaga menurunkan harga barangan yang mereka naikkan sempena kenaikkan harga minyak pada kadar yang sama di pertengahan tahun lalu.

Jika para peniaga tidak menurunkan harga barangan, maka benarlah kenyataan Kerajaan selama ini bahawa sebenarnya kenaikan harga barangan bukan kerana faktor harga minyak akan tetapi, ianya berpunca daripada para peniaga sendiri.

Semasa harga minyak dinaikan atas sebab pengurangan subsidi kerajaan, pelbagai pihak terutamanya daripada pihak pembangkang amat tidak berpuas hati. Hal ini kerana menurut mereka, kenaikan harga minyak akan turut menaikkan harga barangan.

Namun, selepas harga minyak diturunkan pihak-pihak tersebut tidak bising pula mendesak para peniaga untuk menurunkan harga barangan.

Dalam situasi ini, membuktikan bahawa para pemimpin pembangkang sebenarnya bukan berniat ingin membela nasib para pengguna, melainkan para peniaga.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook