TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:
(i) Ada 10 lagi parti lokal baru didaftarkan... Oleh FB Page Penindasan Terhadap Org Tempatan SABAH (screenshot)
SETIAP parti baru yang ditubuhkan mempunyai tujuan untuk menang selain sebagai parti alternatif kepada parti-parti yang telah ada.
Bagi
parti-parti BN, penubuhan parti-parti baru tiada sangkut paut dengan
parti-parti itu. Penubuhan sebarang parti adalah bebas asalkan tidak
melanggar perlembagaan atau undang-undang dalam negara. Bagi Pendaftran
Pertubuhan; selagi ada parti yang ingin mendaftar itu memenuhi pensyaratan,
maka ianya diluluskan.
Apa yang dapat dilihat
melalui tertubuhnya parti-parti baru adalah para pemimpin parti itu
mahu juga mendapat kuasa melalui kuasa rakyat.
Apakah
parti-parti tersebut ingin bergabung ataupun ingin bergerak sendirian dan itu adalah
hak masing-masing. Bagi parti BN, selagi parti-parti itu bukan komponen, maka ia
adalah parti lawan semasa pilihanraya.
Terlalu
cetek perkiraan, jika ada dakwaan yang menyatakan bahawa terdapat peruntukan
untuk menubuhkan sesebuah parti politik. Jika benar ada peruntukan, peruntukan itu sebenarnya
datang daripada para pemimpin parti yang ditubuhkan itu sendiri.
0 comments:
Post a Comment