Latest News

Friday 2 January 2015

PENYAMPAIAN WATIKAH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) SABAH Di HINA !!!! Oleh Blog Jangan Buyuk Sabah … Bah (screenshot)
(ii) Satu penghinaan kepada rakyat Sabah !... Oleh FB James Ligunjang (screenshot)

KALAU seseorang yang bergelar Tuan-Yang-Terutama (TYT) telah dilantik tidak dapat menghadap ke istana, maka penyampaian watikah itu hanya boleh dilakukan oleh Ketua Setiausaha Negera.

Ketua Setiausaha Negara adalah individu yang tertinggi kedudukannya dalam segi perlembagaan selepas Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Agong.

Penyampaian watikah pelantikan daripada Seri Paduka Baginda Agong hanya boleh disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) atau wakilnya.

Dalam proses protokol ini, tidak timbul penghinaan kepada kedudukan TYT Sabah. Hanya mereka yang tidak tahu hal ehwal perkara protokol sahaja yang mempersoalkan perkara kedudukan ini.

Satu kebiasaan bagi mereka yang kurang tahu atau arif mengenai protokol dalam negara, lalu melihat penyampaian watikah pelantikan penggal kedua kepada TYT Sabah itu adalah sesuatu yang janggal. Putar belit adalah jawapan mudahnya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook