TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:
(i) Kami di Demi Sabah ingin mengingatkan rakyat Oleh FB Page Penyokong Darell Leiking (screenshot)
PUNCA banjir selain bencana alam adalah juga tindakan oleh orang kita sendiri. Sistem perparitan yang tersumbat kerana sampah sarap juga penyumbang kepada banjir kerana semua orang tahu air yang disebabkan hujan lebat tidak dapat mengalir dengan sempurna.
Kejadian banjir di Penampang misalnya, adalah tindakan pemaju perumahan di kawasan itu yang mengubah tanah persawahan kepada perumahan, kemudian sistem perparitan yang tidak sempurna.
Bagi kawasan-kawasan rendah seperti Beaufort, Papar, Membakut dan Sipitang memang diakui saban tahun berlaku banjir. Tindakan membina penebat banjir yang tidak sempurna, dihanyutkan setiap kali banjir datang.
Saban tahun kerajaan negeri menyediakan kos yang besar bagi membina penghadang banjir namun ianya tidak juga dapat mengatasi banjir yang besar seperti mana berlaku sejak akhir-akhir ini.
Melawan kuasa Tuhan tidak mungkin dapat dicegah oleh manusia.
0 comments:
Post a Comment