Latest News

Monday 5 January 2015

PERANAN MENTERI PERSEKUTUAN DARIPADA SABAH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  PERANAN MENTRI UMNO Oleh FB Luke James Stephens Biajin (screenshot)

MENTERI Persekutuan berkhidmat untuk negara, perkhidmatan mereka bukan hanya untuk negeri asal mereka.

Menteri Persekutuan akan melaksanakan program-program kementerian mereka di seluruh negara sesuai dengan bajet yang diluluskan melalui bajet negara.

Mereka berperanan sebagai Menteri negara. Misalnya sebagai Menteri Luar Negara akan bertugas menjaga diplomasi bagi negara. Apa-apa sahaja yang membawa nama negara adalah di bawah tanggungjawab Menteri Luar Negeri. Demikian juga kepada Menteri Wilayah dan Luar bandar yakni, apa-apa program yang berkaitan wilayah dan luar bandar adalah tanggungjawabnya sebagai menteri berkenaan.

Daripada lima menteri penuh daripada Sabah yang menjadi anggota kabinet Persekutuan, mereka menjalankan tugas sesuai dengan fungsi kementerian itu masing-masing.

Dakwaan berkaitan pemberian kewarganegaraan kepada rakyat asing, adalah bukan tanggungjawab mereka, kerana tanggungjawab itu adalah di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Dakwaan dalam "caption" ini, adalah dakwaan "nakal' atas sebab tidak mengetahui peranan sebagai seorang menteri.

Setiap Menteri ada KPI bagi kementerian masing-masing, KPI itu akan diketahui melalui Laporan Audit negara.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook