Latest News

Thursday 1 January 2015

PERBANDINGAN kemudahan jalan raya di Sabah & Semenanjung

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) APAKAH RAKYAT SABAH TIDAK MAHU SEDAR LAGI? Oleh FB Page GPRS (screenshot)

PUNCA pembangunan berkait rapat dengan jumlah penduduk. Jumlah penduduk juga berkait rapat dengan tenaga sektor ekonomi.

Sumber kewangan untuk pembangunan berpunca daripada cukai selain khazanah negara seperti minyak dan gas, kayu-kayan, getah, kelapa sawit dan sebagainya.

Pembangunan infrastruktur seperti jalan raya atau lebuh raya berpunca daripada kutipan cukai seperti cukai jalan dan kenderaan. Dengan itu, semakin banyak kenderaan maka semakin besarlah kutipan cukai tersebut.

Pembangunan juga terletak pada setiap bajet. Negara mempunyai bajet untuk seluruh negara. Manakala negeri-negeri juga mempunyai bajetnya sendiri.

Pembangunan infrastrukutur seperti jalan raya di Semenanjung adalah besar dan cantik adalah sebabnya melibatkan 11 negeri selain terletaknya di ibu negara.

Pendapatan Dewan Bandaraya KL sahaja jauh lebih tinggi berbanding pendapatan negeri-negeri yang lain. Atas sebab itulah pembangunan jalan raya di kawasan bandar Kuala Lumpur adalah lebih sempurna kerana bajet untuk membinanya telah tersedia ada iaitu jumlah pembayar cukainya cukup tinggi dan mencukupi.

Berlainan dengan jalan raya di kampung-kampung yang semuanya bergantung kepada bajet atau kewangan kerajaan dan tidak melibatkan swasta.

Jalan raya bertol memang cantik, lebar dan panjang berbanding jalan raya negeri yang lain.  Jalan raya yang ditunjukkan dalam dakwaan ini sebenarnya adalah jalan raya bertol. Sementara jalan raya tanah yang ditunjukkan adalah jalan laluan kayu balak!

Kita percaya, setiap rakyat umumnya akan turut ketawa melihat perbandingan gambar jalan raya ini kerana tidak menunjukkan fakta sebenar.

Kalaupun mahu spin, kenalah lihat latar belakang wilayah atau lokasi sesebuah negeri tersebut. Takkanlah kawasan tempat jin bertandangpun dibandingkan dengan lebuh raya yang bertol!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook