Latest News

Monday 19 January 2015

PERBINCANGAN BOLEH SELESAIKAN SEMUA ISU

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Semua isu boleh di selesaikan kecuali projek ic dan PATI Oleh FB 1 Suara Sabah (screenshot)

MELALUI perbincangan memang boleh menyelesaikan sebarang isu. Pendekatan inilah yang dilakukan oleh BN Sabah dalam menyelesaikan sebarang isu yang berbangkit dalam sistem perkongsian kuasa.

Kenyataan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman yang menjadi tajuk besar akhbar-akhbar tempatan, memang pendekatan BN sejak sekian lama. Malah, inilah adalah juga asas kepada pemerintahan negara sejak merdeka lagi.

Siapa kata isu PATI tidak dapat diselesaikan? Kerajaan Negeri dan Persekutuan sudah bertindak drastik, namun penghalang utama adalah rakyat yang menjadi dalang, terutama segelintir para peniaga.

Meskipun tindakan kerajaan begitu hebat berhubungan PATI, saban hari ada sahaja majikan yang didakwah ke mahkamah kerana melindungi PATI. Sebenarnya, inilah hambatan kerajaan yang telus menyelesaikan isu PATI.

Seharusnya page 1 Suara Sabah mendidik para majikan atau rakyat yang melindungi PATI supaya membantu kerajaan dengan tidak memberi pekerjaan atau melindungi PATI.

Sasaran kerajaan adalah SIFAR parti, ertinya isu itu boleh diselesaikan!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook