Latest News

Monday 12 January 2015

Perhatikan Anak-Anak Kecil Ini Juga..

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Doris Jones membawa... Oleh Blog Sabah Sarawak keluar Malaysia (screenshot1) (screenshot2) (screenshot3) (screenshot4) (screenshot5)


Saya menyambut baik cadangan Doris Jones untuk membawa Sabah Sarawak untuk keluar dari Malaysia. Bagi saya, ayat yang seawalnya ialah untuk membawa Sabah Sarawak untuk keluar dari Malaya dan bukannya Malaysia. Sebaliknya, JIKA Perjanjian-Perjanjian yang telah dimateraikan semasa persetujuan menyertai Pembentukkan Malaysia gagal didengar dan dihormati dan beserta dengan Hak-Hak atau Perkara yang dimaktubkan diabaikan, MAKA Sabah Sarawak patut bersetuju untuk bersama sama keluar sahaja dari Malaysia.

Ulasan
Memorandum semasa Sabah dan Sarawak menyertai Penubuhan Persekutuan Malaysia adalah Perkara 18 bagi Sarawak dan Perkara 20 bagi Sabah. Selepas 51 Tahun, semua isi memorandum itu sudah matang dan mantap malah Sabah dan Sarawak masih mempertahankan kuasa imigresen dan kuasa-kuasa tanah. Proses Borneosisasi semakin matang dan mantap, sebenarnya tiada yang diketepikan apa yang disebut dalam perkara 18 dan perkara 20.


Perjuangan untuk membawa Sabah Sarawak untuk keluar daripada jajahan Malaya semestinya memakan masa yang sangat lama,saya katakan akan ada banyak tentangan dan halangan yang bakal menanti di hadapan.

Ulasan
Tindakan membawa Sabah dan Sarawak daripada Malaysia atau berpisah dengan Malaya tidak berlaku kerana niat mereka-mereka dalam kumpulan ini sudah diketahui majoriti rakyat Sabah dan Sarawak bahawa mereka itu mahu menjual harta kekayaan dua buah negeri itu kepada penjajah. Mereka mahu negara asing menjajah semula dan mereka adalah agen kepada bangsa asing. Doris Jones, sebenarnya sudah lama dibeli pihak agen barat dan atas sebab itulah dia boleh hidup senang-lenang dan kaya-raya di UK.


Bagi saya cabaran dan halangan yang paling mencabar usaha kita dalam perjuangan ini ialah; Memupuk kesedaran dan kebangkitan Nasionalisma secara keseluruhan Bangsa-Bangsa Borneo. Sukarelawan mungkin berjaya merancakkan petisyen dengan mengumpulkan tandatangan orang-orang kampung namun sejauh manakah tahap kesedaran dan keyakinan mereka (orang-orang kampung) terhadap tugas-tugas dan tanggungjawab yang bakal mereka pikul selepas menurunkan tandatangan. Bersediakah mereka-mereka ini?

Ulasan
Rakyat Sabah dan Sarawak sudah lama sedar bahawa majoriti rakyat dua negeri itu hanya melalui Malaysia dan terus bersama rakyat Malaya. Telah dibuktikan selama 51 tahun bahawa setiap pilihanraya, Sabah dan Sarawak senantiasa menjadi penyelamat kepada Semenanjung Malaysia. Hubungan antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung Malaysia bagaikan abang dan adik tidak boleh dipisahkan seperti air yang ditetak tidak akan putus. Adalah sia-sia, jika ada agen perosak yang diwujudkan oleh bangsa asing dengan mempergunakan manusia seperti Doris Jones dan kumpulan seramai 50 orangnya menjadikan alam maya sebagai media untuk memperdaya rakyat. Tindakan mereka itu seperti ISIS (Islamic State) yang hanya bersifat retorik dan menipu.


“Kertas putih yang beserta tandatangan itu hanya akan menjadi kesia-siaan kepada Bangsa-Bangsa Borneo yang tidak ikut serta berjuang”

Ulasan
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tidak akan melayan apapun bentuk tandatangan atau kertas palsu, apa lagi tiada kebenaran daripada Dewan Undangan Negeri kedua-kedua negeri. Apa sahaja yang berbentuk kertas atau tandatangan hanya bersifat kertas biasa sahaja di mata mereka. Siapa tidak kenal PBB.


Tidak keterlaluan juga kalau saya nyatakan di sini bahawa Bangsa-bangsa Borneo harus memiliki dan mengalami kebangkitan secara besar-besaran seperti yang pernah dilakukan oleh para tua-tua dahulu. Walaupun kita akan bakal menyaksikan sekali lagi rusuhan (Riots) diadakan di jalan raya, perhimpunan-perhimpunan aman (Peaceful Assembly) di mana-mana,juga adakan mogok lapar (Hunger Strike). Kebangkitan yang bukan sengaja diada adakan tetapi sememangnya ini yang rakyat mahukan, seringkali kita mencuba untuk bertoleransi dengan keadaan yang berlaku di sekeliling kita, kita masih bersifat mendiamkan diri dan cuba untuk mengalah dengan keadaan. Kerana rakyat bersikap naif untuk mengambil tindakan drastik melawan melalui pemberontakkan dan kekacauan (The Revolt and Chaos).

Ulasan
Biasany,a mereka yang menggunakan jalan raya atau berdemonstrasi adalah mereke-mereka yang tiada asas kekuatan perjuangan kerana mental mereka tidak mahu menerima kejayaan negara. Mereka kembali menyempitkan fikiran mereka kembali seperti katak di bawah tempurung. Mereka yang mahu mati kerana tindakan keganasan adalah tindakan sia-sia seperti mana berlaku di negara-negara Arab sekarang ini. kita yang masih hidup ini menjadi saksi nyata bahawa beberapa ribu orang sudah mati di negara itu dan tiada jugalah perubahan berlaku. Mahukah anda menerima hasutan kumpulan Doris Jones yang sedang bersenang-lenang di London?


Seperti yang saya katakan tadi,perjuangan ini akan mengambil masa yang sangat panjang untuk direalisasikan. Sementara perjuangan ini diteruskan oleh generasi muda dan tua, adakah kamu terfikirkan sejenak bagaimanakah nasib anak-anak kecil yang bersekolah di kawasan pedalaman yang masih meneruskan penghidupan yang selalu mengundang rasa simpati dan belas kasihan. Mereka ini yang terpaksa kita korbankan masa depan mereka JIKA kesedaran 1 minit yang hilang begitu saja selepas turunkan tandatangan di atas kertas,dan tidak diteruskan .

Ulasan
Nasib majoriti rakyat Sabah dan Sarawak sangat terbela malah tidak dapat dikira lagi. Berapa ramai anak-anak dua negeri ini mengecapi pembentukan Persekutuan Malaysia. Berapa ribu jurutera, doktor, akauntan dan jawatan profesional yang lain telah mengecapi pembentukan negara selama 51 tahun. Fikirkanlah!...


Kita teruskan kehidupan kita dengan berjuang setiap hari menuntut keadilan, dan hak-hak yang telah diabaikan oleh Malaya, sementara itu pengabaian terhadap hak-hak anak-anak kecil di kawasan pedalaman saban hari dipinggirkan.Jangan harapkan pemimpin-pemimpin untuk turun dan masuk perkampungan,melalui hutan belantara yang sudah separuh botak,menginjakkan kaki atas tanah merah becak sudah berpuluhan tahun tidak diaspalkan, untuk melihat keadaan infrastruktur pondok-pondok sekolah yang sepatutnya sudah layak diletakkan di muzium Negara untuk tatapan seluruh dunia.

Ulasan
Kerajaan sangat adil kepada seluruh rakyat. Buktinya, apabila adanya kenaikan harga barang kerajaan memberi bantuan tunai melalui BR1M dan soal pendidikan pula anak-anak dari tadika sehingga ke sekolah menengah turut dapat bersekolah melalui sekolah percuma, pelajar cemerlang dapat tajaan biasiswa, warga tua dapat bantuan kebajikan setiap bulan, penyediaan hospital kerajaan percuma mahupun berkaitan dengan jalan-jalan kampung terpencil yang tidak beraspal adalah bukan suatu alasan ketidakadilan terhadap kerajaan. Ini kerana jalan-jalan beraspal bagi kawasan ramai penduduk sememangnya disediakan sejak sekian lama.. Bagaimana meng'aspal' kalau penduduk sebuah kawasan itu hanya ada sebuah keluarga???


Walaupun kita masih melalui kehidupan yang tidak memberangsangkan dengan keadaan ekonomi yang tidak pernah kekal bertumbuh, keadaan sosio-ekonomi yang tidak teratur dan pengurusan perjalanan politik yang tidak pernah berkesudahan baik bermula daripada era Tun Mustapha pemimpin tempatan memerintah,dan, kita terus terusan menyalahkan pucuk pimpinan pemimpin terdahulu terhadap pergolakkan politik yang kita hadapi sekarang.

Ulasan
Kerana hasutanlah berlakunya pergeseran politik. Hal ini bukan sahaja menjadi penyebab kepada pertukaran kerajaan, malah punca kemiskinan. SSKM adalah agen untuk kembali kepada zaman kegelapan!


Saya yakin bahawa bukan kita di Sabah dan Sarawak sahaja yang mengalami situasi politik yang sedemikian rupa,banyaknya Negara-Negara Asia juga turut menyaksikan pergolakkan politik saban hari,Negara-Negara Demokrasi yang masih merasakan bahawa demokrasi (Democracy) masih belum diamalkan sepenuhnya,Hak-hak asasi manusia (The Human Rights) dipinggirkan,pemimpin-pemimpin kerajaan yang korupsi,konflik bawah kontrak sosial (Social Contract) dan sebagainya.

Ulasan
Tiada negara-negara Asia yang bergolak kecuali negara-negara Asia Barat.


Secara keseluruhan Bangsa-Bangsa di Negara Asia mengalami pergolakkkan politik beserta susun atur entity masyarakat yang masih melalui krisis sosio-ekonomi sebagai akibat kesan penjajahan dan saki baki pentadbiran British yang masih berbekas walaupun sejurus selepas kemerdekaan diberikan kepada Bangsa-bangsa Borneo terutamanya. Bagi Sabah dan Sarawak apalah erti di sebalik Kemerdekaan yang dikecapi jika terus menerus hidup dalam penaklukan Malaya yang kian menghampiri dua generasi hidup dalam tahun-tahun kegelapan.

Ulasan
Ekonomi Malaysia semakin maju. Sabah khususnya sudah melangkah maju dengan bajet tahunan melebih RM3 bilion. Sebuah negeri yang sangat miskin pada 51 tahun lalu kini hanya mempunyai 8 peratus kadar kemiskinan.



Saya mahu membawa anda semua iaitu Bangsa-bangsa Borneo untuk berjuang juga untuk memperbaiki sistem kemanusiaan kita, memperbaiki persekitaran kehidupan anak-anak kecil yang kita secara tidak sedari kita meminggirkan keperluan dalam memperbaiki situasi kehidupan dan akhlak mereka kerana kita sibuk untuk mengejar perubahan dan pembebasan daripada kolonisma Malaya. Apa yang saya maksudkan di sini ialah lebih banyak sukarelawan (volunteers) yang masuk ke dalam kawasan-kawasan pedalaman untuk membuat aktiviti kemanusiaan yang dapat mendidik dan membuka minda mereka. Ajarkan anak-anak kecil ini tentang sejarah-sejarah Borneo (Sabah Sarawak), tanamkan slogan “Sabah untuk orang Sabah” (Sabah for Sabahan).
Ulasan
Dakwaan retorik! Hubungan antara Sabah dan Sarawak dengan Malaya adalah abang adik dan tiada yang menjajah satu sama lain. "Paha kiri dicubit paha kanan merasa". Janganlah menghasut kerana majoriti rakyat negara ini telah berjanji mempertahan Persekutuan Malaysia.


Lihat kepada jiran-jiran Negara Asia kita,mereka berusaha untuk memperbaiki institusi kemanusiaan melalui anak-anak kecil yang dipinggirkan jauh di kawasan pedalaman,yang duduk di luar jangkauan manusia moden. Mereka menubuhkan sendiri kumpulan yang akan bergerak secara sukarela untuk menjangkau anak-anak sekolah, memberikan mereka dorongan dan sokongan moral,membantu membentuk entiti diri mereka. Jangan kita harapkan usaha kerajaan untuk datang menjangkau anak-anak kecil generasi kita kerana kita orang asal lebih memahami keperluan nilai moral (Morale Values) dan semangat (Spiritual) mereka. Bahawa kita yakin mereka ini yang akan kita tinggalkan untuk pembelaan masa depan Bangsa-Bangsa Borneo.

Ulasan
Adalah satu kesalahan mana-mana ibu bapa yang tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah maka boleh dipenjarakan? Ertinya, tiada langsung atau sifar anak-anak dipinggirkan. Jika SSKM boleh memberi data bahawa ada anak-anak dipinggirkan, sila kemukakan bukti-bukti itu agar ibu bapa anak-anak itu boleh dakwah di mahkamah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook