Latest News

Friday 9 January 2015

PERJANJIAN MALAYSIA PERLU DIMANTAPKAN


SELEPAS 51 tahun Malaysia dibentuk, sudah tiba masanya untuk melangkah ke depan dan salah satu perkara yang harus diberi perhatian adalah untuk memantapkan Perjanjian Malaysia 1963.

Pemantapan itu selari dengan perkembangan negara kerana ada perkara-perkara atau sebahagian daripada perjanjian itu sudah tidak lagi relevan.

Negara perlu melangkah ke depan dan masuk fasa kedua. Sebahagian daripada Perkara 18 (Sarawak) dan Perkara 20 (Sabah) tersebut sudah tidak relevan lagi dan antara sebabnya peredaran masa sudah berubah dan perkara-perkara tersebut sudah mencapai tepu kematangan.

Sebagai contoh perkara yang menyentuh bahasa, perlembagaan, pemimpin negeri dan borneonisasi yang menurutnya, tidak lagi menjadi isu.

Perjanjian Malaysia yang melingkungi Perkara 20 di Sabah dan Perkara 18 di Sarawak merupakan syarat- syarat yang ditandatangani pada 1963 semasa pembentukan Malaysia bersama-sama Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

Ia sering dibangkitkan apabila sesetengah pihak mendakwa bahawa hak-hak Sabah dan Sarawak seperti yang terkandung dalam perjanjian itu telah dipinggirkan.

Isu imigresen di mana rakyat Semenanjung memerlukan kebenaran untuk masuk ke Sabah dan Sarawak serta memerlukan permit untuk bekerja di dua negeri itu.

Tujuan asal perkara-perkara ini dimasukkan adalah untuk melindungi kepimpinan Sabah dan Sarawak yang dianggap masih terkebelakang.

Satu pertanyaan selepas 51 tahun membentuk Persekutuan Malaysia, 'adakah masih mahu mempertahankan perkara ini dalam konteks membincangkan 1Malaysia?' Lagipun perjanjian ini tidak diukir di atas batu!

Memang,ada sesetengah ahli politik yang memperjuangkan perkara ini sama ada daripada pihak Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat, semata-mata untuk untuk kepentingan politik.

Menegakkan sesuatu yang lampau seolah-olah kita tidak yakin tentang diri kita… bahawa kita tidak boleh bersaing di luar. Ini cara berfikir 51 tahun yang lalu. Benar?

Masih lagi berlaku kadangkala ahli politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) disekat masuk ke Sabah dan Sarawak atas alasan mengancam keselamatan negara.

“Ini secara tidak langsung dilihat seperti mempergunakan perkara 20/18 ini yakni dalam Perkara 6 iaitu hal imigresen harus dilaksanakan mengikut semangat asal klausa itu dan bukan untuk tujuan politik.”

Sebenarnya, antara hasrat utama atau impian rakyat Sabah dan Sarawak masih menjurus kepada soal pembangunan sesuai dengan hasrat pengasas kemerdekan dua negeri itu. Sememangnya!

Masalah jurang perbezaan antara Sabah, Sarawak dan Tanah melayu diharap dapat dirapatkan. 

Untuk sekian lama aspirasi ini masih relevan kerana hingga kini, masyarakat dua negeri itu masih bercakap tentang bagaimana mundurnya kawasan mereka terutama dari segi ekonomi… kaum minoriti masih miskin.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook