Latest News

Friday 16 January 2015

PERJUMPAAN PEMIMPIN UMNO DENGAN PRESIDEN UMNO

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) PBS, UPKO, PBRS, LDP KENAPA TIDAK DI AJAK BERSAMA?... Oleh FB John Charles Mitah Mikat (screenshot)

SEBAGAI pengetahuan UMUM, perjumpaan pada Khamis kelmarin antara Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah bersama rombongan adalah perjumpaan antara pemimpin Umno dengan Presiden Umno.

Perjumpaan yang melibatkan parti-parti komponen BN sebenarnya sudah diadakan pada awal Disember lalu semasa lawatan kerja Perdana Menteri ke Sabah.

Seperti nampak yang di gambar ini, Ketua Menteri selaku Pengerusi Umno negeri manakala Datuk Seri Salleh sebagai Timbalan Pengerusi Umno Negeri, Datuk Seri Yahya Hussin selaku Setiausaha Umno Negeri, Datuk Seri Hajiji Noor selaku Bendahari Umno Negeri, Datuk Sapawi Ahmad selaku Ketua Penerangan Umno Negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan selaku Penolong Bendahari dan Datuk Masidi selaku Penolong Setiausaha.

Perjumpaan itu, adalah perjumpaan biasa dan ianya dilakukan dari masa ke semasa. Demikian juga perjumpaan dengan para pemimpin komponen parti lain juga dilakukan dari masa ke semasa.

Dakwaan pemilik facebook yang bertanyakan di mana para pemimpin komponen Bn sudah dijawab pada penjelasan di atas.

Nota: Sanggup juga pemilik facebook itu menulis pada gambar dan namanya, seolah-olah gambar itu dia yang ambil sedangkan asal gambar itu daripada facebook Dato' Rahman Dahlan, Setiausaha Bn Sabah. Nampak sangat dakwaan yang tidak ikhlas daripada pemilik facebook itu!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook