Latest News

Thursday 1 January 2015

PERKARA 20 SABAH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) warganegara sabah biarapa pun berbeza fahaman politik... Oleh FB Page Negara Sabah (screenshot)

SECARA UMUMNYA, Perkara 20 merupakan memorandum yang dibentangkan oleh pakatan parti-parti politik utama Sabah kepada Jawatankuasa Antara Kerajaan (Inter-Governmental Committee) yang telah ditubuhkan untuk mengenal pasti dan merangka draf Perlembagaan Baru untuk Persekutuan Malaysia yang baru dengan mengambil kira 'Perlindungan dan Kedudukan Khas Sabah dan Sarawak'. 

Memorandum Perkara 20 ini merupakan perlindungan perlembagaan yang paling minima yang Pakatan parti-parti politik Sabah mahukan.

 Wakil-wakil Sarawak juga telah bentangkan Perkara 18 mereka untuk tujuan yang sama.

Adalah didapati Jawatankuasa IGC sudah menggabungkan atau memasukkan perlindungan-perlindungan Perkara 20 dan 18 ini apabila mereka membuat pindaan-pindaan relevan terhadap Perlembagaan Malaya ketika itu.

Semua pindaan-pindaan perlembagaan ini boleh dilihat di dalam Bab 3 Laporan Jawatankuasa IGC. 

Dari segi undang-undang, Perkara 20 sebagai memorandum merupakan perkara-perkara minima untuk Perlindungan Khas Sabah di dalam Perlembagaan bukanlah dokumen undang-undang yang boleh mengikat atau berkuasa.

Ianya cuma relevan untuk menjadi bahan rujukan apabila Mahkamah tidak boleh menafsirkan Perlembagaan Malaysia ataupun Perjanjian Malaysia secara tepat.

Artikel 8 dalam Perjanjian Malaysia pula teramat penting kerana ia mewajibkan Kerajaan Malaya, Sabah dan Sarawak untuk mengambil langkah-langkah perundangan ataupun eksekutif untuk merealisasikan pengesyoran Bab 3 Laporan IGC (Lampiran A dan B) sekiranya ia tidak dilindungi atau didapati dalam Perlembagaan Malaysia.

Oleh itu, sekiranya salah satu Perkara 20 tidak diambil kira oleh Jawatankuasa IGC dan tidak tertulis di dalam pengesyoran Bab 3 Laporan IGC, maka Perkara 20 tidak lagi relevan ke tahap itu. 

Hak-hak yang termaktub di dalam Perkara 20 bergantung kepada Laporan IGC yang menjadi sumber asas untuk Perjanjian Malaysia dan seterusnya Perlembagaan Malaysia.

Kita seharusnya mengkaji terlebih dahulu mengenai Bab 3 dari Laporan IGC untuk mengenal pasti pengesyoran mana yang belum lagi dikuatkuasakan untuk melindungi hak dan kedudukan Sabah dalam Malaysia dan bukannya menguatkuasakan Perkara 20 kerana ia bukannya dokumen undang-undang yang relevan untuk masa kini.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook