Latest News

Wednesday 14 January 2015

Perkongsian Kuasa - Apa Maksud Maximus?


APA yang dimaksudkan oleh Datuk Maximus Ongkili yang kononnya perkongsian kuasa BN Sabah tidak berlaku? Apa lagi yang dimahukan oleh Maximus? Beliau sendiri merupakan Menteri Penuh di Peringkat Persekutuan, dan Presidennya merupakan Timbalan Ketua Menteri Merangkap Menteri Infrastruktur Sabah.

Pemimpin Kanan parti itu menganggotai Kabinet Sabah, Pembantu Menteri, Pengerusi GLC, Setiausaha Politik, serta Timbalan Speaker Dun Sabah.

Parti yang pernah menikam belakang BN pada tahun 1990. Namun,  pucuk pimpinan BN Sabah telah melupakan semua itu, sebaliknya memberi peranan kepada pemimpin PBS bersama-sama dalam memajukan negeri.

Jawatan yang disandang para pemimpin PBS diperingkat persekutuan mahupun negeri adalah jawatan kanan.  Namun begitu, masih ada yang berasa tidak berpuas hati. Apa yang sebenarnya mereka mahukan?

Datuk Musa Aman sebagai Ketua Menteri menyedari bahawa, ramai dikalangan pemimpin Umno  di semua peringkat sendiri tidak berpuas hati kerana para pemimpin PBS yang mereka tentang sejak tahun 1990 sehingga tahun 2002, diberi peranan yang amat besar dalam pemerintahan negeri. Malah di Peringkat Persekutuan.

Musa telah mengambil risko yang besar melalui tindakannya dalam menzahirkan perkongsian kuasa. Akan tetapi, Dr Maximus langsung tidak menghargainya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook