Latest News

Wednesday 14 January 2015

Perkongsian Kuasa Di Sabah Segar - Salleh Tun Said


PERKONGSIAN kuasa di Sabah di bawah Kerajaan Barisan Nasional sebenarnya sungguh segar, demikian menurut Timbalan Pengerusi Umno Sabah Datuk Salleh Tun Said.

Salleh yang juga Speaker Dewan undangan Negeri Merangkap ADUN Usukan menyatakan demikian bagi mengulas dakwaan Timbalan Presiden PBS Datuk Dr. Maximus Ongkili.

Menurut Ongkili, bahawa tidak berlaku perkongsian kuasa BN di Sabah.

Perkongsian kuasa antara komponen Parti di Sabah sangat baik. Perkara ini dapat dilihat daripada komposisi Menteri Kabinet, Pembantu Menteri, Setiausaha-Setiausaha Politik termasuk pelantikan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) dulu dikenali sebagai Pegawai Kemajuan Rakyat (PKR).

Malah, menurut Salleh sebaik sahaja PRU-13 selesai, kawasan-kawasan di mana PBS kalah seperti Tamparuli dan Sri Tanjong, Kerajaan BN terus melantik PPM di dua kawasan itu dan kebetulan daripada pemimpin PBS itu sendiri.

Bagi kawasan-kawasan lain yang kalah, di mana PPM belum dilantik keterlambatan itu kerana kerapnya nama-nama yang dicadangkan ditukar ganti. Menurut Salleh, setiap nama yang dicadangkan kepada kepimpinan negeri, kepimpinan tiada masalah untuk melantik. Namun, atas permintaan parti yang mencadangkan penggantian nama individu yang bakal dilantik, maka menyumbang kepada lambatnya mereka-mereka itu akan dilantik. Terdapat 10 kawasan DUN yang belum mempunyai PPM sehingga ke hari ini.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook