Latest News

Sunday 4 January 2015

Perpaduan Dalam Masyarakat Majmuk Perlu Dipelihara - Musa Aman


SANDAKAN, 3 Januari - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata keharmonian dan perpaduan masyarakat berbilang kaum perlu dikekalkan kerana ia adalah tanggungjawab bersama.

Katanya hikmah besar kerana manfaatnya akan dinikmati bukan sahaja oleh umat Islam bahkan seluruh ahli masyarakat, sesuai dengan kemuliaan agama Islam sebagai agama perpaduan dan keamanan.

"Marilah kita mengambil iktibar daripada sambutan Maulidur Rasul ini dengan kembali menghayati ajaran Islam dan mencontohi keperibadian, semangat dan daya juang serta akhlak Nabi Muhammad SAW.

"Semoga dengan penghayatan itu, akan mengukuhkan lagi kesatuan dan kekuatan kita dalam menghadapi pelbagai cabaran dan menjayakan program transformasi negara seterusnya memartabatkan lagi kejayaan umat Islam ke mercu kegemilangan," katanya pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di sini, Sabtu.

Katanya umat Islam hari ini berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan oleh itu hanya kesatuan dan perpaduan umat Islam akan menjadi umat yang cemerlang dan dihormati.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook