Latest News

Monday 19 January 2015

PERSEMPADANAN BARU - TIADA JAMINAN UMNO/BN MENANG

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Cadangan SPR tambah tujuh kerusi DUN Sabah... Oleh Fb Page GPRS: Gerakan Perubahan Rakyat Sabah (screenshot)

PERSEMPADANAN Baru yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan raya bagi menambah tujuh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Sabah disifatkan oleh DAP menguntungkan pihak Umno/BN.

Tujuh (7) kawasan DUN yang dicadangkan ialah Langkon (Kota Marudu), Pandasan (Kota Belud), Mengkabong (Tuaran), Darau (Sepanggar), Limbahau (Papar), Bukit Garam (Kinabatangan) dan Sepagaya (Silam).

Asas persempadanan adalah pertambahan penduduk, luas kawasan dan  fasilitas yang tersedia serta keperluan pembangunan bagi kawasan-kawasan tersebut.

Persempadanan Tahun 2003, lebih tertumpu di kawasan Pantai Timur. Manakala pada kali ini pula lebih tertumpu di kawasan pantai Barat/Utara.

Jika DAP atau pembangkang mengatakan pertambahan itu menguntungkan pihak Umno/BN, ianya adalah suatu kenyataan yang mengelirukan. Kenyataan itu juga membawa maksud bahawa para pengundi tidak bebas untuk memilih, sedangkan apa yang berlaku adalah disebaliknya.

11 kawasan yang dimenangi oleh pihak pembangkang pada PRU-13 lalu adalah merupakan kawasan-kawasan pihak BN sejak tahun 2004 lagi, dan jika ternyata benarlah kawasan-kawasan seperti yang dicadangkan tersebut boleh menjamin kemenangan Umno/BN, maka 11 kawasan yang dimenangi pembangkang pada PRU-13 tidak mungkin dimenangi oleh mereka.

ADUN DAP Sri Tanjong itu hanya membuat dakwaan mendahului rakyat, sedangkan sebarang persempadanan baru itu sebenarnya masing-masing pihak mempunyai peluang yang sama rata. Jika pemimpin DAP itu mengatakan bahawa partinya tidak akan menang bagi kawasan-kawasan baru itu, maka ianya boleh diterima. Kerana DAP merupakan parti perkauman cina, di mana parti tersebut hanya menang di kawasan majoriti kaum itu.

Cadangan SPR bagi mengwujudkan kawasan-kawasan baru sepertimana yang telah disebutkan, sudah tiba pada masanya kerana kawasan-kawasan yang dicadangkan itu memerlukan pembangunan untuk mengejar pembangunan di sekitarnya. Selain itu juga, kawasan-kawasan itu merupakan satu kawasan yang amat luas, dan perlu diwakili lebih ramai wakil rakyat.

DAP perlu ingat bahawa parti pembangkang bukan hanya DAP sahaja, akan tetapi ada PKR, PAS dan STAR selain SAPP. Parti-parti itu memerlukan kawasan-kawasan seperti itu.

Kenyataan DAP itu, seolah-olah menidakkan rakan-rakan parti pembangkang yang lain.

Suatu kepastian, bahawa tiada sesiapa yang boleh membuat anggapan bahawa setiap persempadanan baru menguntungkan mana-mana parti. SPR hanya menjalankan tugas sesuai dengan syarat-syarat persempadanan, bukan hanya melihat siapa yang bakal mewakili kawasan tersebut.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook