Latest News

Thursday 15 January 2015

PERUBAHAN SUKU KAUM SABAH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Stats Dept into ‘demographic engineering Oleh Web Free Malaysia Today (screenshot)

MALAYSIA dikenali sebagai Tanah Melayu; Sabah juga terletak di Kepulauan Melayu. Sabah memang mempunyai banyak suku kaum. Oleh sebab itu dalam borang rasmi kerajaan, hanya suku kaum yang terbesar sahaja dicetak. Manakala suku kaum lain dicetak dalam kategori lain-lain, dan individu atau rakyat perlu mengisi berdasarkan suku kaum masing-masing, berbanding suku kaum yang besar hanya perlu tanda "tag" atau (memberi tanda).

Tidak dinafikan, perkahwinan campur sering kali berlaku di Sabah. Perkahwinan campur merupakan faktor penyumbang kepada pertambahan jumlah suku kaum, termasuk Melayu. Semasa merdeka, jumlah suku kaum Melayu hanya sedikit jika dibandingkan dengan suku-suku kaum yang lain. Jumlah suku kaum Melayu pada masa itu hampir sama dengan jumlah suku kaum yang kecil seperti Kokos, Lotud, Tidung, Iranun dan Ubian.

Perkahwinan campur adalah penyumbang utama peningkatan suku kaum Melayu. Manakala kaum Iranun sebagai contohnya yang mempunyai sifat tertutup suatu masa dahulu lambat menambah jumlah penduduknya.

Jabatan pendaftaran tidak mempunyai kuasa untuk mengubah suku kaum seseorang rakyat. Jika susur galurnya Melayu, maka tetaplah Melayu. 

Ramai penduduk yang pada asalnya bersuku kaum antara salah satu 32 etnik di sabah. Namun, selepas bersatu dan perpaduan wujud mereka menyatakan sebagai suku kaum Melayu dan merekod seumpama ini. Sering berlaku pada mereka-mereka yang belajar di Semenanjung seawal tingkatan satu. Ini merupakan satu fakta yang tidak boleh dinafikan. Malah, ramai sungguh saudara-saudara baru lebih suka menggunakan nama kaum melayu berbanding suku kaum asal mereka. Itulah hak individu yang terjamin dalam Perlembagaan Malaysia.

Malaysia atau sesiapa sahaja tidak mempunyai kuasa untuk mengubah nama suku kaum seseorang rakyat, melainkan rakyat itu sendiri. Statistik hanya satu bentuk data dan tidak boleh bersuara sebab musababnya.

Kerisauan MP Penampang Darell Leiking berhubungan dengan status suku kaum Melayu di Sabah, bukan haknya. Dakwaan bahawa rakyat Sabah yang mengaku Melayu adalah penghinaan, apatah lagi berhubungan tentang Projek IC.

Sebagai contoh, seorang anak tempatan yang pernah menulis di wall Facebooknya dan tidak membenarkan menyebut namanya adalah 100 peratus daripada suku kaum Iranun atau Brunei dan sebagainya serta isterinya juga dari kaum yang sama. Namun, semua anak-anaknya mengatakan bersuku kaum Melayu dan itulah sebab mengapa adanya suku kaum Melayu yang ramai tercatat di Sabah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook