Latest News

Thursday 29 January 2015

Pinjaman MARA Dan Isu Prestasi Pelajar!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Aduan seorang pelajar yg ingin... Oleh FB Musli Oli (screenshot)

MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) memang mempunyai kaedahnya sendiri bagi menyalurkan pinjaman kepada pelajar. Dalam kes pelajar ini, entah betulkah tidak jika berlaku pun, memang isu terpencil kerana peraturan yang digunapakai oleh MARA adalah melihat kepada pelajar itu sendiri dan para penjaminnya. Sabar, sabar.... Baca dahulu!

Kedudukan dakwaan itu, sesuatu yang kabur kerana pemilik facebook itu mungkin tidak menyemak kedudukan pelajar itu. Biasanya, pelajar yang mana pada awalnya mendapat pinjaman, kemudian tidak diteruskan pinjaman itu disebabkan ada hubungan dengan prestasi pelajar itu. Ya betul prestasi... Pretasi pelajar tersebut. Dalam perjanjian dengan MARA, setiap pelajar diberikan panduan berkaitan prestasi. Jika prestasi di bawah jangkaan MARA, maka secara automatik, pinjaman tidak diteruskan.

Pinjaman MARA berstatus boleh ubah, ertinya para pelajar yang mencapai Cumulative Grade Pointer Average atau Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) tertentu akan mengubah pinjaman itu kepada biasiswa.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook