Latest News

Monday 5 January 2015

POLISI KERAJAAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Ni hari Admin mau bawa cerita pasal 11,000 lebih cikgu dari Malaya... Oleh FB Page Solidarity 4 Sabah (screenshot)

Penggal pertama persekolahan bagi Tahun 2015 yang sepatutnya bermula 4 dan 5 Januari ditangguhkan kepada 11 dan 12 Januari berikutan bencana banjir yang melanda 5 negeri di Semenanjung dan Sabah.

Penangguhan penggal persekolahan adalah disebabkan banyak sekolah rosak teruk, selain digunakan untuk penempatan sementara mangsa banjir. Penangguhan sekolah tidak bersangkut paut dengan para guru walaupun ada juga di antara mereka adalah merupakan mangsa bencana banjir.

Sebagai contoh SK Magandai, Kota Marudu. Sekolah itu dibuka pada tahun 1996. Manakala pada tahun 2009, ASTRO telah menjadikan sekolah itu sebagai 'sekolah angkat'. Selain membina kemudahan asrama sekolah, juga membantu daripada segi penambahan tenaga pengajar.  Guru yang berpengalaman juga turut dihantar. Dengan demikian, berlakulah campuran guru tempatan dengan guru-guru dari negeri-negeri lain. Hasil daripada tenaga pengajar campuran itu, secara tidak langsung statistik keputusan UPSR meningkat dari masa ke semasa. Tahun lepas sahaja, pada julung kalinya ada pelajar yang mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR.

Kehadiran guru-guru daripada negeri lain di sabah, biasanya mengajar mata pelajaran sains dan matematik  selain bahasa inggeris.  

Sebenarnya, kombinasi tenaga pengajar daripada beberapa buah negeri adalah berperanan untuk pemantapan sistem pengajaran itu sendiri. Oleh sebab itu, sekolah-sekolah yang mempunyai kombinasi yang lebih optimum biasanya hasil keputusan sekolah dalam setiap peperiksaan agak tinggi atau baik.

Mereka yang berada di dunia pendidikan sudah tentu mengetahuinya akan perkara ini. Akan tetapi mereka yang hanya dikenali sebagai wira dihujung jari, sudah tentu tidak tahu akan perkara ini dan hanya melihat dari segi luaran serta tidak mengetahui langsung apa strategi di dalam bidang pendidikan itu sendiri.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook