Latest News

Friday 23 January 2015

PSIKOLOGI SONGSANG DARELL LEIKING

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Marilah kita bersama-sama menggesa Kerajaan Negeri Sabah  (screenshot)

PERMINTAAN MP Penampang, Darell Leiking berhubungan masalah banjir kawasan parlimen beliau dengan menggunakan pendekatan PSIKOLOGI SONGSANG apabila mengandaikan, jika Tan Sri Adenan Satem merupakan Ketua Menteri Sabah, maka masalah banjir kawasan beliau akan ditangani segera.

Banjir kawasan Penampang, sebenarnya diburukkan oleh penimbusan tanah sawah sehingga menjadi penghalang perembesan air ke dalam tanah. Selain itu, akibat pembangunan perumahan yang tidak dilengkapi perpartitan yang sempurna melengkapkan lagi penyebab banjir kilat.

Banjir kilat, selain disebabkan hujan lebat juga disebabkan oleh perbuatan manusia itu sendiri.

Menangani banjir bukan perkara mudah! Ianya memerlukan penelitian yang tepat sebelum sesuatu tebatan/penghadang banjir dibina. Ini kerana jika tebatan banjir yang bina tidak tepat, banjir yang dicegah akan mengundang masalah lain. 

Air sifatnya berjalan lurus. Air akan menghala ke kawasan rendah sesuai dengan tarikan graviti. Oleh sebab itu, jika tebatan banjir tidak dikaji dengan betul, air kalau sudah mempunyai jumlah kuantiti yang banyak akan menerjah halangan didepannya.

Kerajaan negeri atau persekutuan memaklum berkenaan banjir yang kerap berlaku sejak akhir-akhir ini khususnya di kawasan Penampang. Maka dengan itu, pihak-pihak yang terlibat sedang mengkaji dengan teliti atas cara apa pencegahan banjir dilakukan "once for all".

Suatu ketika dulu, masalah banjir di kawasan Damai dan Luyang juga sangat teruk, bertahun-tahun diperlukan bagi mengkaji bagaimana mencegah banjir di kawasan itu. Pada masa kawasan Luyang dan Damai dilanda banjir, sebaliknya kawasan Penampang pula terselamat. Kini, kawasan Penampang dan Kolombong atau sebahagian Sepanggar pula kerap dilanda banjir kilat.

Kerajaan melalui agensi yang memantau serta bertanggungjawab berkaitan pencegahan banjir sedang betungkus lumus bagi mencari kaedah terbaik mengatasi banjir kilat di kawasan-kawasan yang disebutkan.

Kepada MP Penampang, janganlah bermain psikologi songsang kerana sebenarnya Kerajaan Negeri tahu apa yang perlu dibuat. Tiba masanya, projek pencegahan banjir itu akan tiba. Tetapi, satu permintaan jangan pula digagalkan apabila ada tanah-tanah individu terpaksa ditebus guna kerana memberi laluan kepada projek pencegahan banjir.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook