Latest News

Monday 26 January 2015

PUNCA & DAKWAAN BENAR: Manipulasi Harga Minyak, Barang, Peniaga Dan Pembeli

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Harga barangan dinaikkan untuk burukkan BN Oleh FB Page 1 Suara Sabah (screenshot)

SATU hakikat yang perlu diingat oleh rakyat, apabila kerajaan mengurangkan subsidi minyak yang menyebabkan harga naik 20 sen seliter, maka ramailah peniaga mengeluh bahawa mereka terpaksa bertindak menaikkan harga barang kerana kos pengangkutan meningkat.

Para pemimpin pembangkang juga meniupkan propaganda bahawa kenaikan harga minyak adalah penyumbang utama kenaikan harga barang. Wow!

Namun, selepas harga minyak turun malah melebihi harga kenaikan sebelumnya. Akan tetapi, harga barang bukan menurun malah makin menaik.

Kerajaan sudah kerap kali memberikan penjelasan sebelum ini, bahawa harga barang bukan semata-mata disumbangkan oleh harga minyak, malah pakar-pakar ekonomi juga berkata demikian.

Kini terbukti walaupun selepas harga minyak turun, akan tetapi harga barang tidak turun. Kesimpulannya, harga barang dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu untuk memberi gambaran buruk kepada kerajaan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook