Latest News

Tuesday 13 January 2015

PUNCA ISU PATI SABAH...Lim Kit Siang lagi???

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Selepas 40 tahun kebanjiran pendatang tanpa... Oleh Web Roketkini (screenshot1) (screenshot2)


LIM KIT SIANG barking the wrong tree. Tan Sri Pairin adalah Pengerusi Jawatan Kuasa Pengurusan PATI

Sebelumpun Jawatankuasa Tetap dan pengurusan beroperasi, Kerajaan Negeri sudah bertindak pantas dengan tindakan drastik- Memburu dan menghantar pulang PATI.

Ulasan Lim Kit Siang berhubungan dengan kenyataan Pairin bahawa Jawatankuasa Pengurusan bersedia untuk mendengar cadangan atau masukkan daripada pihak NGO atau pemimpin pembangkang, adalah tidak perlu menurut Pemimpin Veteran DAP tersebut kerana Pairin telah tahu permasalahan PATI Sabah sejak awal lagi. Oleh kerana itulah, Kit Siang meminta Pairin hanya bertindak sesuai dengan pengetahuannya berkaitan PATI.

Sebenarnya kenyataan/ulasan Kit Siang itu sebenarnya merupakan tindakan awal kerajaan negeri dan dipersetujui melalui Jawatankuasa Keselamatan Dalam Negeri (JKKN) yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Sabah.

Kerana Kit Siang lebih suka akan kenyataan retorik, maka tindakan awal yang dijalankan Kerajaan Negeri seolah-olah tidak diketahui atau beliau tidak maklum.

Biasalah, kalau tiada kenyataan retorik maka pembangkang tiada modal untuk ditulis atau tiada isu untuk dicakap.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook