Latest News

Thursday 15 January 2015

PUNCA JALAN TIDAK DIBANGUN

     TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

    (i) Penduduk Kota Belud bosan sikap kerajaan... Oleh FB Luke JS Biajin (screenshot)
    (ii) Mainan umno-bn... Mau kasi sengsara rakyat... Oleh Fb Page Remove Musa Remove (screenshot)

INDIVIDU dalam gambar tersebut adalah seorang mantan kakitangan Hospital Kota belud. Beliau memang berasal daripada kampung yang disebutkan.

Beliau adalah penghalang utama mengapa jalan di kampung itu tidak boleh dibangun. Beliau mengipas, mencucuk serta membakar penduduk Kampung agar tidak memberi ruang kepada Kerajaan bagi membangunkan jalan dengan tidak membenarkan melalui tanah-tanah milik penduduk kampung.

Cuba bayangkan, bagaimana hendak membangunkan jalan, kalau tiada jalan yang boleh dibangun? Takkan membina jalan bertingkat, seperti di Kota Kinabalu? Sedangkan kenderaan yang melalui jalan itu boleh dikira dengan jari.

Sejak sekian lama, kerajaan mahu ingin membangunkan jalan kampung tersebut seperti mana kampung-kampung lain di daerah Kota Belud. 

Contoh pembinaan jalan raya kampung yang tidak mendapat halangan daripada penduduk kampung adalah kawasan Tempasuk. Di kawasan DUN itu, tiada lagi kawasan perkampungan yang tiada jalan raya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook