Latest News

Monday 26 January 2015

RAKYAT SABAH DIBERI KEBEBASAN MEMILIH KERAJAAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) It is important for Sabah and Sarawak... Oleh FB James Ligunjang (screenshot)

SEJAK merdeka, rakyat Sabah diberi kebebasan memilih kerajaan sendiri. Malah tahun 1985, Sabah diperintah oleh parti pembangkang-PBS.

Hak-hak Sabah terpelihara, sesuai dengan persetujuan semasa bergabung pada tahun 1963.

Hanya melalui operasi minyak sahaja, kelihatan hak Sabah tidak terpelihara kerana operasi minyak memerlukan modal yang amat besar. Tahun 1974, semasa minyak mula diteroka, Sabah belum mempunyai wang yang cukup untuk terlibat dalam operasi carigali minyak yang bersifat kapital intensif.

Namun, selepas mempunyai modal yang cukup, tahun lepas sahaja Sabah menubuhkan syarikat carigali minyak sendiri melalui M3Energy Sdn Bhd. 

Keselamatan Sabah terus dijamin. Pada tahun lalu sahaja telah ditubuhkan ESSZONE dan ESSCOM bagi melindungi Sabah daripada sebarang ancaman. Susulan daripada itu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menempatkan Skuadron Hawk di Labuan, disamping penempatan kapal selam di Pangkalan TLDM Sepanggar sejak sekian lama.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook