Latest News

Sunday 11 January 2015

Respon Kepada Blogger Jalsjalin


Respect and Answer:

Ada pentadbiran negeri mempersoal kebebasan bersuara ahli UMNO, sesiapa yang mengutarakan komen menyentuh kepimpinan Musa maka dia akan dikenakan tindakan tatatertib. Kekurangan ini telah saya catatkan di Blog Jalinanpolitik dibawah tajuk Politik Musa Yang Jelek.

Dakwaan Blogger "Ada pentadbiran negeri mempersoal kebebasan bersuara ahli UMNO" Hanya merupakan persepsi blogger itu. Apa urusan pentadbiran negeri dengan UMNO? UMNO adalah sebuah parti, manakala pentadbiran adalah kerajaan yang mentadbir negeri. Pentadbiraan negeri di Ketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri.

Dalam parti ada peraturan. Sesiapa yang tidak mengikut peraturan sesebuah parti, sudah tentu akan diambil tindakan. Adalah tidak sesuai seseorang ahli sesebuah parti akan tetapi tidak mengikuti peraturan-peraturan parti. Ahli parti yang melanggar peraturan parti, dengan tidak mempergunakan saluran-saluran yang dalam parti, bukan sahaja boleh diambil tindakan, akan tetapi boleh dipecat. Tiada guna seorang ahli sesebuah parti yang bertindak seperti gunting dalam lipatan.


Rentetan itu satu Blog yang mewakili pentadbiran negeri atas nama Anti Fitnah Sabah. Konon mempersoal balik apa yang tertulis pada artikel berkenaan adalah dakyah fitnah. Kononnya lagi saya menulis untuk mendapatkan sesuatu dan macam macam lagi.
Sedang hakikatnya saya menceritakan apa yang benar berlaku berdasarkan pemerhatian dan masej yang saya terima sebelum artikel berkenaan di tulis. Bukannya fitnah atau rekaan semata-mata seperti dakwaan penulis Blog anti fitnah Sabah. Tidak jelas tapi mengata.

Dakwaan blogger itu, bahawa Blog Antifitnah Sabah mewakili pentadbiran negeri, adalah dakwaan karut, kerana blog anti fitnah sabah diurus oleh mereka-mereka yang cintakan negeri dan bertindak memberi tahu rakyat berhubungan dengan cerita-cerita benar dan berfakta sahaja.

Dakwaan blogger itu pada tulisan asalnya, dengan 'caption' (gambar) kononnya dihantar oleh seseorang kepadanya bukanlah sahih kerana caption seperti itu boleh sahaja dibuat sendiri, tiada kebenaran bahawa mesej yang dihantar itu merupakan fakta benar. 

Siapa penulis blog itu kepada seseorang yang menghantar mesej kepada blogger itu? Apakah dia boleh memintas keputusan sesebuah parti yang bertindak sesuai dengan peraturan parti? 


Begini, seorang ahli UMNO yang juga berjawatan Pemuda UMNO di pantai barat ada melontarkan komen menyokong entri di akaun Facebook Jalin Luin. Entri itu mempersoal peralihan jawatan Ketua Menteri Sabah dan Pemuda berkenaan bersetuju agar berlaku peralihan sebelum BN berhadapan dengan kekalahan di PRU yang akan datang.

Jika benarlah dakwaan blogger itu, bahawa seseorang pemuda yang berjawatan di Pantai Barat memberi komen di facebook berkaitan parti, sudah tentu pemuda yang dimaksudkan mempunyai tanggungjawab sendiri terhadap kenyataannya. Jika parti merasakan bahawa kenyataan itu melanggar peraturan parti, maka pemuda yang dimaksudkan perlu memberi kenyataan kepada parti berhubungan dengan kenyataannya itu. Maknanya, pemuda itu bertindak buruk terhadap partinya dan bukannya Pengerusi Perhubungan UMNO yang bertindak jelek.

Bukankah sesiapa yang makan lada, orang itulah yang terasa pedasnya? dan siapa yang makan nangka, orang itulah yang kena getah? Apa hubungan dengan Datuk Musa sehingga dikatakan politik Musa itu jelek?


Selepas beberapa ketika saya menerima masej dari pemuda yang sama melalui masej di Facebook. Bahwa dia dikehendaki menghadap atau menjawab tunjuk sebab kenapa dia tidak boleh dikenakan tindakan tatatertib ekoran komen yang dia telah lontarkan. Saya juga dikhabarkan, permintaan tunjuk sebab itu adalah atas kehendak Ketua Pemuda Negeri Sabah.

Jika benarlah dakwaan blogger itu, bahawa dia menerima mesej daripada pemuda yang takut kerana membuat kenyataan yang tidak bertanggungjawab, apa hubungannya dengan blogger itu? Menulis dalam blog dengan menghubungkait dengan Musa hanya tindakan yang tidak kena pada tempatnya kerana Musa tidakpun menyuruh pemuda itu membuat kenyataan yang melanggar peraturan parti. Correct, right?

Dakwaan blogger itu, hanya bercorak persepsi dan berbaur fitnah kerana tiada bukti atau fakta yang boleh mengarah kepada dakwaannya.

Blogger tersebut, merupakan agen kepada fitnah kerana menulis sesuatu yang tiada kebenaran dan tulisannya boleh dianggap sebagai tulisan ciptaan sendiri sepertimana perkiraan asal blog anti fitnah.

Penulis blog itu, bukanlah orang yang ada merit menilai status politik Musa kerana di bawah Pengerusi Perhubungan UMNO itu, terlalu ramai lagi pemimpin yang berkaliber yang mampu melihat apakah politik Musa jelek atau teruk sekali?

Untuk pengetahuian blogger itu, pada Mesyuarat Bahagian Seluruh Sabah tahun lalu, semua Ketua Bahagian memberi sokongan padu kepada beliau, malah Ketua-ketua bahagian membuat pendirian bahawa di Sabah hanya berketuakan Musa, manakala di Pusat berketuakan Dato Seri Najib Tun Razak.

Takkanlah, belum tiga bulan sudah, tiba-tiba politik Musa jadi jelek seperti mana dakwaan blogger  itu?

Jika Blogger itu bertanggungjawab, maka pertama tulislah nama pemuda itu, sumber mesej daripada mana? bukannya menulis sehingga membawa persepsi bahawa tulisannya membawa suatu persoalan besar.


Perjalanan politik diatas telah saya catatkan di bawah tajuk "Politik Musa Yang Jelek" sebagai pengetahuan umum betapa politik di negeri Sabah yang di perintah oleh Musa, sangatlah jelek lebih kepada autokrasi dan perlu dibetulkan sebelum terlambat. Itu saja.
Untuk mengukuhkan artikel yang disebut telah saya selitkan gambar print screen masej dari pemuda berkenaan. Tinggal lagi tidak saya sebutkan secara detail siapa individu pemuda berkenaan, risau kalau nanti dia menjadi mangsa permainan politik, maklum sedia jelek. Ini juga bertepatan dengan prinsip saya, tetap bersikap profesional dalam apa jua keadaan.

Peliknya, mengangkat diri sebagai penulis Blog anti fitnah Sabah tapi sebaliknya. Betul betul ini pentadbiran negeri penuh dengan dosa dosa yang membungkangkan.

Cuba baca bagaimana biasnya blogger tersebut, dengan menulis ayat-ayat yang diwarnakan. Dakwaan itu seolah-olah memperlekeh semua jajaran pentadbiran negeri yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman.


Hanya mereka yang tidak jelas akan percaya dengan apa yang mereka canang (Blog Anti Fitnah Sabah).

Pertanyaan saya, bagaimana pula penulis Blog Anti Fitnah Sabah tahu yang saya memfitnah.  

Melalui tulisan yang tidak berfakta, hanya persepsi, hanya dakwaan, di situlah timbulnya, andaian, bahawa blogger itu, hanya membuat dakwaan.


Sedangkan mereka sendiri tidak jelas dengan apa yang berlaku. Blog Anti fitnah Sabah.? Hehehe.  

Mungkin sudah tiba masanya  saya menjelaskan. Kenapa saya mempersoal pentadbiran negeri dari konteks peralihan jawatan Ketua Menteri Sabah............. Tapi tunggu dulu. ;-) SILA DEDAHKAN, tetapi JANGAN MEMFITNAH.
Tergantung pada penerimaan mereka selepas ini.
Artikel yang mencatatkan kekurangan politik Musa yang telah menjadi isu.

Mungkin blogger ini mendapat maklumat daripada facebook seseorang pemuda daripda penyokong kuat Datuk Jumat idris, memang pemuda itu seorang AJK Pemuda Sepanggar. Untuk makluman blogger itu, kenyataan-kenyataan pemuda itu hanya bersifat "hearsay' tiada kebenarannya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook