Latest News

Tuesday 6 January 2015

RUMAH SETINGGAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Setiap Daerah di Sabah punyai Unit Setinggan,... Oleh FB Luke JS Biajin (screenshot)

RUMAH setinggan dalam gambar tersebut tidak wujud lagi. Gambar itu merupakan rumah setinggan di kawasan Sembulan, Kota Kinabalu suatu masa yang lama lalu.

Kerajaan melalui Dewan/Majlis Kerajaan Tempatan sudah lama bertindak merobohkan rumah-rumah setinggan. Namun, halangan utama adalah pemimpin politik pembangkang yang mencucuk dan menghasut penghuni yang terdiri daripada penduduk tempatan yang berhijrah ke bandar dengan memprotes tindakan kerajaan itu.

SANDAKAN - Pada hujung bulan Disember 2014 yang lalu, satu operasi bersepadu yang dijalankan oleh kerajaan di mana pihak berkuasa telah memberi 1,000 notis kepada rumah-rumah haram yang dibangunkan di atas tanah kerajaan. Manakala di Sepanggar turut menghadapi situasi yang sama juga diberi notis daripada DBKK. Namun penghalang utama adalah pemimpin politik yang menghalang tindakan perobohan!

Kerajaan di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Panglima Musa Aman akan bertindak dari masa ke semasa untuk merobohkan rumah-rumah setinggan sehinggalah Sabah menjadi sifar rumah setinggan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook