Latest News

Thursday 8 January 2015

SABAH AKAN DAPAT 7 DUN


SABAH bakal mendapat 7 tambahan Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sempena persempadan baru kawasan-kawasan pilihanraya.

Kawasan yang dijangka menambah DUN adalah Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran, Sepanggar, Papar, Kinabatangan dan Silam.

Nama-nama DUN yang baru itu berkemungkinan Dun Langkon (Kota Marudu), Dun Pandasan (Kota belud), Dun Mengkabung (Tuaran), Dun Darau (Sepanggar), Dun Limbahau (Papar), Dun Bukit Garam (Kinabatangan), dan Dun Sepagaya (Silam).

Jika persempadan itu sempat digazetkan sebelum PRU-14, maka pada PRU-14 nanti Sabah akan menyediakan 67 DUN untuk dipertandingkan.

Kali terakhir Sabah mengadakan persempadan kawasan Pilihanraya ialah pada tahun 2003.

Pada PRU-13 lalu, daripada 60 DUN; BN mendapat 48 kerusi manakala pembangkang 12 kerusi.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook