Latest News

Friday 30 January 2015

SABAH DAN SARAWAK MEMPUNYAI KEDUDUKAN KHUSUS

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Ramai yang masih mempertikaikan... Oleh FB Page Sabah Sarawak Keluar Malaysia (screenshot)

INILAH keistimewaan Sabah dan Sarawak, meskipun dipanggil negeri kerana asas semasa merdeka dahulu ADALAH bukan dikategorikan sebagai negara kerana hanya merdeka dengan panggilan Internal Self-Government. Namun, Sabah dan Sarawak mempunyai keistimewaan sendiri seperti mana di dalam semangat kandungan  Perkara 20 dan Perkara 18.

Keadaan Sabah dan Sarawak semasa dibebaskan oleh penjajah, tersangatlah daif berbanding Malaya dan oleh sebab itu, Sabah dan Sarawak perlulah ada kabinet sendiri agar kemajuan dan pembangunan berjalan dengan lancar supaya dapat mengejar ketinggalan tersebut.

Sebenarnya, daripada segi matlamat antara kabinet dan EXCO adalah hampir serupa. Bezanya di Malaya semua jabatan-jabatan kerajaan dibawa bidang kuasa Persekutuan manakala di Sabah dan Sarawak pula jabatan-jabatan itu di bidang kuasa negeri.

Keistimewaan Sabah dan Sarawak dalam mentabir negeri, boleh dilihat melalui kuasa-kuasa imigresen, perikanan, pertanian dan beserta dengan jabatan-jabatan yang lain.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook