Latest News

Monday 26 January 2015

SABAH MAJU DALAM MALAYSIA!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) berjuanglah untuk bangsa dan negara, bukan untuk parti Oleh FB Page The Future of Sabah/Sarawak The Federation Of Malaysia (screenshot)

MEMANG ada rakyat negara ini yang dibesarkan di negara maju, sudah terbiasa dengan keadaan di negara maju sehingga dibenaknya melihat kehebatan kemajuan di negara maju itu.

Oleh kerana gagal mengadaptasi dirinya dengan keadaan Sabah, maka di dalam fikirannya bahawa Sabah itu sepatutnya sama maju dengan negara maju atau setidak-tidaknya sama maju dengan Kuala Lumpur.

Pada masa yang lalu, Sabah dengan tanah yang luas dengan penduduk yang sedikit, pembangunan yang sangat terbelakang semasa dijajah oleh penjajah, maka terpaksa mengejar keterbelakangan itu. Kemajuan saling kejar-mengejar! Sebagai misalan, jika tiada pembinaan jalan raya maka dibinalah jalan raya. Namun, di negara yang sudah maju itu sudah tentu jalan raya telah lama dibina dan bertukar pula kepada lebuh raya. Apabila lebuh raya pula telahpun dibina, di kawasan yang telah maju awal itu akan dibina pula jalan yang bertingkat-tingkat dan begitulah keadaan seterusnya.

Jika dahulu, hanya bangunan Tun Mustapha sahaja yang ada di Sabah, kemudian baru diikuti oleh bangunan yang lain-lain. Tetapi, di Semenanjung pula telah berdiri Menara Berkembar Petronas, Lebuh Raya Utara Selatan, Rangkaian LRT, MRT dan sebagainya termasuklah jalan raya di bawah tanah-SMART.

Sebenarnya, jika pengasas kemerdekaan Sabah masih hidup, mereka akan tumpang tersenyum melihat pembangunan yang ada di Sabah sekarang. Malah, mereka yang terlibat semasa kemerdekaan sudah tentu kerap berhujah dengan menyatakan bahawa pembangunan Sabah diluar dugaan mereka kerana lebih awal maju berbanding sangkaan mereka.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook