Latest News

Thursday 29 January 2015

Sabah Milik Kami? - Esmael Kiram II

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sabah milik kami – Esmail Kiram II Oleh Web Free Malaysia Today (screenshot)

KALAU berasaskan sejarah, memang sebelah Timur Sabah pernah dikuasai kesultanan Sulu, bukan keseluruhan Sabah.

Tetapi sekarang kesultanan Sulu sebenarnya tidak wujud lagi berikutan kerajaan Filipina telah memansuhkan status itu.

Apabila, Esmael Kiram II atau keturunan Kiram bercakap mempunyai status sebagai Sultan, ianya hanya berupa cakap-cakap mulut sahaja, kerana tiada lagi 'locus standi'.

Keturunan Kiram memang menganggap Sabah milik mereka dan atas sebab itulah pada Februari 2013 yang lalu, satu pencerobohan yang diketuai oleh Azzimudie Kiram (Raja Mahkota) bersama-sama pengikutnya telah menceroboh di kawasan Felda 17 Kg Tanduo, Lahad Datu sehingga berlakunya pertempuran dengan pihak keselamatan kita khasnya Polis Gerakan Am (PGA) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam insiden Ops Daulat. Dalam kejadian itu, 60 orang pengikut Kiram terbunuh dan beberapa anggota keselamatan negara.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook