TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:
(i) Baru berapa tahun KM Sarawak Adenan menerajui... Oleh FB Page 1 Suara Sabah (screenshot)
SEBENARNYA kabinet telah lama bersetuju mengenai perkataan "Lain-lain" dalam borang rasmi Kerajaan. Ianya tidak perlu pun diumumkan. Hal ini kerana, perkara seperti itu bukanlah perkara yang sangat rumit.
Dalam perlembagaan negara, tidak
digunakan perkataan "Lain-lain" bagi bumiputera Sabah dan Sarawak. Sebaliknya menggunakan perkataan
"Bumiputera" bagi rakyat Sabah dan Sarawak. Manakala perkataan "Lain-lain" sebenarnya adalah ruang pada borang rasmi
untuk menulis suku kaum seseorang rakyat tersebut.
Sarawak
mengumumkan persetujuan kabinet itu kepada umum, mungkin kerana sedang
bersiap-siap bagi menghadapi pilihanraya umum negeri pada tahun 2016 atau
lebih awal.
Banci negara dengan jelas dapat
memperinci jumlah penduduk berasaskan bangsa atau suku kaum. Kerana selama
ini, borang rasmi kerajaan hanya tertera perkataan "Lain-lain" bagi bumiputera
Sabah dan sarawak, kerana diruang "Lain-lain" ditulis suku kaum seseorang
rakyat.
Walaupun dalam borang rasmi kerajaan mengandungi semua jenis suku kaum, namun tetap juga ada ruang bagi perkataan "Lain-lain" kerana
bagi memudahkan pengisian borang. Perkataan "Lain-lain" sama dengan contoh
dalam borang negara-negara lain. Seperti Australia, UK, Kanada, Amerika
dan sebagainya.
0 comments:
Post a Comment