TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:
(i) sejarah palsu ciptaan Malaya memang sudah lama diajar... Oleh FB Page The future of Sabah/Sarawak and the Federation of Malaysia (screenshot)
SEBENARNYA tiada pemalsuan sejarah Sabah atau Malaysia. Apa yang diajar di sekolah-sekolah rendah dan menengah hanya asas kepada sejarah.
Demi mendalami sejarah, maka perlu dipelajari di peringkat yang lebih tinggi, misalnya di kolej, universiti dan seumpamanya.
Mengetahui secara terperinci tentang sejarah, perlu menyelami secara keseluruhan. Oleh sebab itu,
adalah cabaran kepada pelajar yang mendalami sejarah untuk membuat
kajian berkaitan asas kepada sejarah.
Di
peringkat sekolah menengah, bukanlah medan untuk membentangkan semua
'detail' berkaitan sejarah. Peringkat itu hanya mencatatkan
peristiwa-persitiwa penting. Untuk mengetahui catatan penting tersebut, maka
perlu membaca secara lebih mendalam tentang punca-punca kejadian atau tarikh-tarikh
tertentu yang berlaku ketika itu.
Namun, para pelajar di peringkat menengah masih belum dapat berkemampuan untuk mengkajinya.
0 comments:
Post a Comment