Latest News

Tuesday 20 January 2015

SEJARAH PENDUDUK SABAH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Nampak permainan umno di Sabah Oleh FB Luke JS Biajin (screenshot)

FAKTOR atau hakikat yang perlu diterima sebelum tahun 1960, bermula daripada Sandakan ke Teluk Kimanis dan Tenggara Borneo Utara didiami bangsa Sulu sementara di Pantai Barat dan Pendalaman sehingga ke Sarawak oleh bangsa Brunei. Pada masa itu, belum lagi timbul suku kaum seperti Kadazan  dan hanya cuma ada suku yang ada seperti Dusun, Bajau, Murut, Rungus, Iranun, Idahan, Bisaya, Kedayan dan Ubian. Istilah Kadazan hanya wujud selepas itu apabila United Pasok Kadazan Organisation (UPKO) ditubuhkan pada tahun 1961.  

Semasa kerajaan British, orang-orang Jawa, Bugis, Cina dibawa masuk juga orang melayu daripada Semenajung turut dibawa masuk ke Sabah.

Selepas merdeka, sesiapa di antara mereka ini yang memenuhi pensyaratan akan diberi kerakyatan BAGI yang terus menetap manakala yang tidak diberi status penduduk tetap. Mereka semua tergolong Melayu, kecuali Cina dan India.

Penghijahran oleh British menyebabkan jumlah penduduk atau rakyat beragama Islam bertambah. Kita tidak dapat menafikan status seseorang melalui jumlah purata penduduk apabila dalam pola penduduk itu didapati ada keberadaan mereka di negeri ini.

Penduduk Sabah jika dikategorikan dengan tepat adalah 55 peratus bumiputera Islam, 29 peratus bumiputera bukan Islam, 12 peratus kaum Cina manakala lain-lain adalah 4 peratus. 

Jika diambil kira komposisi kaum dan diterjemahkan kepada jumlah kerusi DUN, maka ianya menjadi 33 bumiputera Islam, 17 bumiputera bukan Islam, 7 kaum cina dan lain-lain bagi 3 kerusi.

Kalaulah persempadanan semula DUN menjadi kenyataan daripada 60 ke 67, maka kedudukan kerusi DUN akan secara terbahagi menjadi 37 bumiputera Islam, 19 bumiputera bukan Islam, Cina pula 8 manakala lain-lain tetap 3.

Dalam praktik kini, kerusi dalam kategori lain-lain itu akan diberikan kepada parti-parti bumiputera bukan Islam.

Pada masa akan datang, berasaskan persempadanan semula, maka komposisi berikut akan berlaku 37 kawasan DUN akan ditandingi oleh Umno, 22 oleh parti-parti KDM dan 8 oleh parti-parti berasaskan parti kaum Cina.

Apa yang perlu dingat dalam Umno juga ada etnik KDM, malah melibatkan sekurang-kurangnya 5 kerusi DUN. Dengan itu, KDM akan mewakili 27 kerusi DUN atau 40 peratus, angka sebenarnya tidak lagi menggambarkan komposisi agama atau kaum akan tetapi berasaskan perkongsian kuasa.

Benarlah kata Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said bahawa perkongsian kuasa di Sabah sebenarnya sangat hidup semasa kerajaan BN yang diterajui oleh Umno.

Tiada kebenaran bahawa 39 kerusi diberikan kepada melayu celup atau orang asal celup. FITNAH!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook