Latest News

Tuesday 27 January 2015

SETIAP RAKYAT DI NEGARA MEMPUNYAI PELUANG SAMA RATA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Mengapa hak-hak kita dalam 51 tahun ini masih belum diperolehi Oleh FB Luke JS Biajin (screenshot)

SESIAPA yang lahir selepas merdeka, pasti akan mengalami alam persekolahan dan kemudiannya alam pekerjaan. Hanya mungkin hak-hak yang dilanggar/dipatuhi adalah semasa berjam-jam persekolahan, kenalah memakai pakaian seragam sekolah bagi menunjukkan bahawa mereka adalah pelajar yang sedang menuntut ilmu.

Selepas itu, tiada lagi hak sesiapa yang dilanggar. Semua rakyat bebas beragama, bebas melakukan apa sahaja kecuali melanggar undang-undang seperti mencuri, merompak, hisap dadah, membunuh, merogol dan sebagainya. Selain daripada semua itu, semua rakyat juga bebas dan mempunyai peluang yang sama rata di negara ini sama ada rakyat itu berada di Sabah, Sarawak atau Semenanjung Malaysia.

Satu pertanyaan kepada penyokong SSKM tegar ini, hak apa yang anda punya yang anda tidak perolehi? Anda bebas bersuara, anda bebas mencari kerja tanpa halangan, anda bebas memiliki apa sahaja tanpa halangan! Kalau anda mahu jadi Ketua Menteri atau Perdana Menteri sekalipun boleh, asalkan ada penyokong.  

Jadi hak apa yang anda mahu? 

Mungkin juga penyokong tegar SSKM ini mahu memiliki semua tanah Sabah dari Kudat hingga ke Tawau. Barangkali ini yang mereka perjuangkan, kononnya mahu menuntut hak.

Hak mengundi ada, hak ke luar negara ada, hak bertanding ada, hak memiliki kereta atau rumah besar pun ada, hak untuk kahwin ada, hak punya anak ada malah hak dapat BR1M pun ada.  

Jadi hak apa yang tiada???

Kalau mahu carigali minyak, boleh asalkan ada wang berbilion atau juga hak buka syarikat besar pun ada atau hak membina taman-taman perumahan pun ada! 

Jadi hak apa yang dilarang???

Mungkin hak menjadi raja atau sultan kali kerana ini memang pun tiada hak kerana tidak ada keturunan sultan atau raja. Barangkali, inilah yang mereka perjuangkan kononnya menuntut hak!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook