Latest News

Friday 23 January 2015

SIDANG KHAS DUN SABAH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) DUN Sabah perlu adakan sidang khas... Oleh Web Roketkini (screenshot1) (screenshot2)

WALAUPUN Bajet 2015 kebangsaan berlaku perubahan kecil termasuk penangguhan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan tetapi perbelanjaan untuk pembangunan tidak berubah. 

Bajet terpaksa disemak disebabkan penurunan harga minyak dunia daripada 100 dolar ke paras 48 dolar setong pada masa kini.

Bajet Sabah, tidak banyak terdedah kepada perolehan daripada minyak dan gas. Oleh sebab itu, Sabah hanya mendapat pendapatan melalui minyak daripada Petronas kerana pembayaran royalti.
Walaubagaimanapun, kerajaan akan mengeluarkan surat pekeliling jika berlaku pengurangan bajet jika harga minyak turun berterusan.


Berasaskan kepada keadaa semasa, kemungkinan besar bajet Sabah akan berkurangan sehingga 25 peratus, ertinya bajet sebanyak RM3.862 tidak akan tercapai.
Pendapatan negeri umumnya berasaskan cukai komoditi seperti kelapa sawit dan perolehan daripada dividen. 

Pengurangan pendapatan daripada royalti minyak akan di'offset' melalui pendapatan daripada sektor pelancongan dan eksport barangan seperti makanan laut.

Permintaan pihak DAP untuk bersidang Khas Dewan Undangan Negeri mengenai perkara ini, dirasakan tidak perlu kerana kerajaan negeri mempunyai mekanisme untuk mencapai target bajet 2015.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook