Latest News

Monday 19 January 2015

SISTEM DEMOKRASI - SUARA MAJORITI YANG MENANG

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Hormati perjanjian Malaysi 1963 Oleh FB Doris Jones (screenshot)

DALAM sistem demokrasi berparlimen, suara majoriti yang menang dan digunapakai. Mempertahankan Akta Hasutan 1948 dengan penambahbaikan, dengan memasukkan klausa untuk hasutan dan pemisahan Sabah dan Sarawak dengan Malaya adalah kehendak majoriti. Parti yang disokong majoriti, dengan itu pemimpin atau kerajaan wajib melaksanakan kehendak majoriti. Jika tidak, matilah sistem demokrasi berparlimen.

Kenyataan pada 'caption' itu yang kononnya daripada Agen Penjajah Doris Jones Yap, janda anak satu, merupakan pendekatan bukan berasas demokrasi. Akan tetapi, 'pendekatan kuku besi dan ala komunis'.

Dalam perjanjian Malaysia 1963, tidak dicantumkan berhubungan perpisahan kerana gabungan antara Sabah, Sarawak dan Malaya adalah kekal. Jika kekal, maka tiada faedah bagi memasukkan klausa pemisahan, kerana ianya tidak menunjukkan apa-apa makna.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook