Latest News

Tuesday 20 January 2015

SISTEM PENOMBORAN KAD PENGENALAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Melayu celup di Sabah Oleh FB Luke JS Biajin (screenshot)

PERTENGAHAN 12 nombor Kad Pengenalan Sabah mendapat angka 12 dan 49, sebelum itu huruf H. Manakala 71 adalah mereka yang lahir di luar negara. Angka-angka itu menunjukkan di mana penduduk itu bermastautin atau menetap. Sementara H menunjukkan negeri seseorang rakyat itu.

Seseorang yang dilahrikan di Selangor misalnya, angka di tengah kad pengenalan adalah 10, XXXXXX-10-XXXX; jika rakyat itu adalah rakyat Sabah, maka dalam kad Pengenalannya ada tanda H. Demikian juga kalau lahir di Johor angka tengah adalah 01, maka kad pengenalannnya adalah XXXXXX-01-XXXX demikianlah seterusnya.

Saksi RCI itu, W132 Shukur bin Abdullah, seharusnya kalau diberikan kerakyatan maka akan mempunyai nombor siri "71" dan dalam kad pengenalan ada tanda H, ertinya bermastautin di Sabah. 

Mengapa penama itu diberikan angka 12? Sebabnya dia memalsukan tempat kelahirannya. Memalsukan maklumat bukanlah masalah Jabatan Pendaftaran akan tetapi masalah yang ditimbulkan adalah oleh pemohon itu sendiri. Di Sabah tahun 1973, dimasukkan satu klausa dalam Jabatan Pendaftaran Sabah (khusus untuk Sabah sahaja) bahawa surat akuan atau berkanun adalah memadai bagi menggantikan Surat Lahir bagi memohon Kad Pengenalan. 

Dalam hubungan dengan Shukur, maka Ketua Kampunglah bersama-sama pemohon itu memalsukan keterangan diri. Melalui Pasca Laporan RCI, perkara-perkara seperti inilah yang diteliti dan diperbetulkan serta diambil tindakan dengan segera.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook