Latest News

Monday 5 January 2015

SK MAGANDAI

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Jalan Ke SK Magandai Kota Marudu Sangat Mengharukan.. Malaya ada??? Oleh FB John Charles Mitah Mikat (screenshot)

SEKOLAH RENDAH (SK) MAGANDAI dibina pada tahun 1996 di sebuah kampung terpencil di Kota Marudu.

Kerajaan perlu membina sekolah-sekolah di pedalaman walaupun infrastrukur di kawasan itu belum cukup memadai.

Penduduk yang tinggal di luar bandar yang berada di lokasi terpencil seperti kampung Magandai perlu juga dibina sekolah untuk keperluan rakyat yang tinggal di kawasan tersebut.

Sejak mencapai kemerdekaan lagi, Sabah berdepan dengan situasi yang sama. Boleh dikatakan, sebahagian besar penduduk menetap di luar bandar seperti keadaan di kampung tersebut.

Sabah mempunyai keluasan yang cukup luas, di mana taburan penduduk tidak rata adalah faktor berlakunya situasi seperti SK Magandai.

Wakil Rakyat Kawasan tersebut, Datuk Maximus Ongkili telah mengadakan pelbagai program bagi membantu pelajar-pelajar di SK Magandai, dengan kerjasama daripada pihak Astro.

ASTRO telah membantu membina sebuah asrama untuk para pelajar agar tidak perlu bersusah payah untuk berulang-alik ke sekolah. Meskipun perjalanan untuk ke (SK) MAGANDAI tersebut tidak rata dan berlubang-lubang, namun itu tidak mematahkan semangat para pelajar untuk pergi ke sekolah atas sebab majoriti pelajar di tempatkan di asrama.

Pada tahun 2014, untuk pertama kalinya seorang pelajar sekolah itu mencapai 5A dalam peperiksaan UPSR.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook