Latest News

Tuesday 27 January 2015

STATUS SABAH DAN SARAWAK

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) the year 1976 was when we became the 12th... Oleh FB Page The Future Of Sabah/Sarawak The Federation Of Malaysia (screenshot)

SEBELUM pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963, Sabah (North Borneo) dan Sarawak adalah jajahan British.

Oleh kerana ada gagasan Persekutuan Malaysia tahun 1961, maka North Borneo dan Sarawak ingin menyertainya.

Persekutuan, hanya boleh ditubuhkan kalau anggotanya sebuah wilayah merdeka. 

Pada 22 Julai 1963, Sarawak dibebaskan oleh penjajah melalui Internal Self-Government, begitu juga North Borneo pada 31 ogos 1963.

British membebaskan North Borneo dan Sarawak dengan syarat perlu menyertai Persekutuan Malaysia.

Penekanan di sini adalah bagi wilayah merdeka, bagi North Borneo dan Sarawak.

Akan tetapi, Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri pertama Malaysia telah mengambil pendekatan politik dan membiarkan panggilan kepada TYT Sarawak sebagai Gabenor Sarawak. Manakala bagi TYT Sabah, dipanggil Tuan Yang Dipertua Negara.

Pada tahun 1976, dengan persetujuan para wakil rakyat daripada Sabah dan Sarawak, maka status Sabah dan Sarawak menjadi negeri-negeri; dengan status yang istimewa.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook