Latest News

Wednesday 21 January 2015

SUDAH ADA NIAT JAHAT DARIPADA AWAL... BONGKAR LAGI DISINI!!!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)Ramai juga rakyat Sabahan... Oleh FB Page 1 Suara Sabah (screenshot)

TIADA apa yang boleh dibanggakan akan perbuatan Major Zaidi seorang anggota TUDM yang telah dipecat. Perbuatan beliau merupakan satu perbuatan yang tidak amanah. "Tuhan lebih sayang kepada negara dan rakyat. Oleh kerana itu, dengan izin Tuhan maka pengkhianat sebenar didedahkan juga".

Bayangkan pada masa perang; jika ada manusia seperti ini dalam ATM, "Manusia Gunting Dalam Lipatan" & "Musang Dalam Reban Ayam", bukankah dengan semudah itu? musuh boleh menyelinap masuk, malah dengan mudah sekali mengalahkan para pasukan ketenteraan negara.

Dakwat kekal tidak akan kekal, kalau daripada awal ada sudah niat. Sebagai anggota tentera, dia tahu betul bagaimana dakwat kekal supaya tidak kekal. Apabila menggunakan losyen atau minyak yang disapu pada tangan, sebelum dipalit dakwat kekal, maka tidak kekallah dakwat itu!

Jelas sekali semasa perbicaraan di mahkamah tentera, Major Zaidi memilih untuk berdiam diri. Dalam erti kata lain dia tidak ingin disoal balas, bagi mengetahui niatnya yang sebenar.

Orang bersifat khianat seperti ini, biarlah dimanfaatkan oleh pihak pembangkang. Kerana dalam kumpulan pembangkang terdiri daripada mereka-mereka yang tidak mempunyai nilai integriti, "Manakan Tidak? Peliwat Tegar Pun Boleh Menjadi Pemimpin Utama".
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook