Latest News

Thursday 29 January 2015

SYOR JEFFREY TIADA MERIT

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Jeffrey: Asean must help Sabah, Sarawak Oleh Web Free Malaysia Today (screenshot)

ASEAN 'Association of Southeast Asian Nations' adalah satu kesatuan negara-negara Asia Tenggara di rantau ini. Tujuan kesatuan itu agar boleh berdepan dengan blok-blok benua lain. Apakah jadahnya negara ASEAN membantu agar negara yang menganggotainya berpecah?

Jeffrey tiada merit bercakap meminta atau mencadangkan kepada negara ASEAN kononnya boleh membantu Sabah dan Sarawak. Anda tidak tahu Jeffrey? Pergolakan di Selatan Filipina telah lama  berabad namun tiada satu negara ASEAN ikut campur tangan kerana itu adalah masalah dalaman negara Filipina itu sendiri. Ada faham?

Demikian juga di Aceh, sejak Indonesia merdeka lagi adanya Gerakan Aceh Merdeka (GAM) namun tiadapun satu negara Asean mencampur tangan.

Di Sabah dan Sarawak, tiadapun sebarang pergolakan namun apa yang ada adalah gerakan orang-orang politik yang mahu merebut kuasa dan mahu memerintah. Itu masalah dalaman!...
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook