Latest News

Monday 5 January 2015

Tahun 2014 Tahun Industri Minyak dan Gas Sabah


PENYERTAAN Sabah dalam industri Minyak dan Gas pada tahun 2014 merupakan katalis kepada negeri di bawah bayu ini untuk menjadi negeri yang berpendapatan tinggi.

Ketua Menteri- Datuk Musa Aman telah mengenal pasti bahawa industri minyak dan gas di negeri ini mempunyai potensi yang baik membangun perekonomian negeri.

Melalui pembangunan industri minyak dan gas negeri menjadi cerminan betapa eratnya hubungan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Isu royalti minyak sehingga kini menjadi isu yang diwar-warkan oleh pihak pembangkang, kerana bayaran 5 peratus daripada Petronas dikatakan tidak cukup memadai. Namun, pendekatan Musa bukan kepada bentuk bayaran, akan tetapi penyertaan.

Penyertaan dalam industri itu sedikit banyak memberi manfaat kepada negeri dan rakyatnya. Selain menambah pendapatan juga peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan.

Penyerataan dalam industri minyak dan gas lebih banyak kelebihan berbanding permintaan kenaikan bayaran royalti.

Sabah memasuki industri minyak dan gas melalui M3Energy Sdn Bhd anak syarikat Bank Pembangunan Sabah.

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook