Latest News

Thursday 8 January 2015

Tahun 2015: Fokus Pembangunan Sabah-Musa


KERAJAAN Negeri Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Musa Aman, akan memberi fokus kepada pembangunan Sabah di sepanjang tahun 2015.

Ketua Menteri tersebut berkata, pembangunan Sabah akan berterusan di sepanjang tahun agar negeri terus kompetitif dalam negara malahan di rantau ini.

Penumpuan kepada inisiatif seperti Program Transformasi Ekonomi, Koridor Pembangunan Sabah dan Hala Tuju Sabah menjadi keutamaan Kerajaan Negeri.

Selain itu, tumpuan kepada sektor pelancongan dan logistik, sektor minyak dan gas akan mampu mewujudkan pertumbuhan baru, dan projek yang dijana menerusi inisiatif ini bukan sahaja melahirkan lebih banyak usahawan tempatan, bahkan juga turut membantu dalam mewujudkan kumpulan pekerja berpengetahuan.

Menurut Musa, dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan yang lebih berkualiti dalam negeri, Sabah boleh mengekalkan belia yang pada masa kini sedang mencari peluang pekerjaan di negeri lain untuk terus berada di Sabah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook