Latest News

Wednesday 7 January 2015

TIADA BUKTI SPR MENIPU

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Penyelewengan daftar pemilih SPR... Oleh Luke JS Biajin (screenshot)

JANGAN kerana dakwaan mantan pegawai yang meminta sesuatu tidak diluluskan maka beranggapan bahawa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menipu. Dengan begitu sekali?

Hingga setakat ini kepada mereka yang bercakap bahawa SPR menipu, namun tiada sebarang bukti yang dikemukakan di mahkamah bahawa SPR menipu. Malah, para calon yang mempertikai keputusan pilihanraya dan mengemukakan pertikaian itu di mahkamah, akhirnya mahkamah mendenda calon-calon tersebut dengan hukuman yang setimpal dan berat.

Pada PRU-13 lalu, pihak pembangkang terutama Anwar mewar-warkan bahawa SPR menipu. Namun sehingga pada hari ini, tiada satupun mengemukakan sebarang fakta atau mendakwa SPR itu tidak telus di mahkamah.

Dakwaan bekas Pengerusi SPR itu, adalah seperti seolah-olah beliaulah sendiri yang melakukan penipuan tersebut jika sememangnya ada penipuan. Biasanya orang melakukan penipuan tahu adanya penipuan. Kalau benarlah UMNO menipu dengan memperalatkan SPR, sudah tentu satu dunia sudah tahu!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook