Latest News

Monday 12 January 2015

Tikam-Menikam Dalam UMNO?


MENGAPA berlaku tikam-menikam antara pemimpin UMNO? Sedangkan parti itu bersama-sama dengan pemimpinnya ditampuk kuasa, segala-galanya terhidang di hadapan, tindakan susulan hanya membahagi-bahagikan hak menurut hak masing-masing.

Kerakusan adalah punca kejatuhan. Sebab itu peribahasa berkata, "Orang Tamak Selalu Rugi sama dengan Seperti Anjing Menggonggong Tulang".

Datuk Jumat Idris, selaku MP Sepanggar dan juga Ketua Bahagian Umno kawasan itu, sejak akhir-akhir ini asyik memperlagakan pemimpin-pemimpin Umno, khususnya di antara YAB Datuk Seri Musa Aman dan YAB Datuk Seri Shafie Apdal.

Kalau dilihat daripada sejarah politik Umno Sabah, memang Jumat mempunyai hubungan lebih rapat dengan Shafie kerana hubungan mereka bermula di waktu pemuda Umno lagi. Malah, dalam satu 'posting' di facebook pada hujung tahun lalu, Jumat mengakui bahawa hubungan beliau dengan Shafie bermula semasa mereka menjadi pemimpin pemuda Umno Sabah satu ketika dahulu.

Kelibat Jumat dalam Umno tidak terserlah. Namun, nama beliau muncul selepas pemenang Ketua Bahagian Umno Sepanggar. 

Apabila Dato' Seri Najib Razak dilantik Perdana Menteri, Jumat mengambil peluang mendekati Perdana Menteri itu sehinggalah dicalonkan pada PRU-13 lalu. 

Tiada penyebab sahih mengapa Ketua Bahagian Sepanggar itu telah mengambil pendekatan menentang kepimpinan negeri. Tetapi, orang rapat kepada MP Sepanggar itu pernah berkata bahawa Jumat hanya diperangkap oleh 7 Ketua bahagian Umno majoriti KDM yang ingin berjumpa Perdana Menteri kerana urusan projek bagi kawasan-kawasan KDM.

Tujuh (7) Ketua Bahagian itu meminta beliau sebagai 'ketua delegasi' kerana beliau dilihat rapat dengan Perdana Menteri.

Sebenarnya menurut sumber, bukan Jumat pun yang bercakap berkenaan dengan pelan peralihan kuasa di Sabah, sebaliknya ada dua (2) Ketua bahagian Umno yang lain lagi. Namun, dua Ketua Bahagian itu berpaling tadah, sambil mendakwa bahawa Jumatlah sebagai dalangnya. Atas asas pertimbangan itulah, Jumat meneruskan agenda itu dengan visi 'Biar Putih Tulang Jangan Putih Mata dan Alang-alang Menyeluk Pekasam Biar Sampai Ke Pengkal Lengan'.

Kini, Ketua Bahagian Umno Sepanggar itu meneruskan agenda Peralihan Kuasa dengan menulis di Facebook bahawa Musa perlu diganti oleh Shafie dengan alasan rasionalnya kata beliau, bahawa Shafie itu Naib Presiden Umno.

Namun, satu persoalan yang timbul dengan tindakan MP Sepanggar itu iaitu beliau seolah-olah merampas tugas presiden parti.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook