TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:
(i) Dari Meja Pertanyaan Haji Julaihi Haji Suut... Oleh FB Page Haji Julaihi Haji Suut (screenshot)
(ii) Dari Meja Pertanyaan Haji Julaihi Haji Suut... Oleh FB Page Haji Julaihi Haji Suut (screenshot)
(iii) Dari Meja Pertanyaan Haji Julaihi Haji Suut... Oleh FB Page Haji Julaihi Haji Suut (screenshot)
ATAS sebab page Haji Julaihi Haji Suut sudah membuat keputusan untuk mengubah sejarah negara, apa sahaja penjelasan mengenai sejarah negara akan ditolak ke tepi.
Mereka yang terlibat dengan halaman tersebut, sudah dari awal-awal lagi mempunyai niat yang serong berkaitan dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Perkara 20 dan 18.
Mereka
kini siang malam mengkaji setiap huruf dalam dokumen-dokumen sejarah
itu. Mungkin kajian atas talian (internet), di mana boleh sahaja mereka membaca
dokumen yang salah dan memberi tafsiran sendiri berhubungan dengan
dokumen-dokumen itu. Mereka, berlagak seperti pakar sejarah selain
berimaginasi bahawa semasa Perjanjian Malaysia ditandatangani di London,
mereka bersama-sama dengan rombongan pengasas kemerdekaan. Woow!
0 comments:
Post a Comment