Latest News

Thursday 1 January 2015

Tindakan SSKM BUKAN Untuk RAKYAT SABAH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Mereka adalah wakil parti politik yang sedang... Oleh FB Page The Future Of Sabah/Sarawak and the Federation of Malaysia (screenshot)

SSKM perlu menerima hakikat bahawa tindakan mereka tiada akan ke mana-mana!

Propaganda mereka kononnya hingga ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hanya omong kosong! Lagipun atas asas apa PBB mahu memberi perhatian pada mereka.

Situasi Korea Utara lagi teruk! Situasi Iraq lagi teruk apatah lagi di Syria lagi teruk!! Tetapi, penglibatan PBB adalah untuk kemajuan dan keamanan kepada negara-negara tertentu sahaja. Tidak timbul menyokong pemisahan atau kemerdekaan kepada kelompok-kelompok tertentu! Inilah fakta yang sebenarnya.

Di Malaysia amnya dan khususnya Sabah dan Sarawak, tidak wujud perpisahan sehingga sebuah negara hancur! Apa yang ada ialah tindakan segelintir mantan rakyat negara ini yang berasal daripada Sabah berjaya dibeli oleh pihak-pihak tertentu kerana pihak-pihak di luar mempunyai muslihat ekonomi terhadap Sabah dan Sarawak.

Pihak yang menjajah Doris Jones ada mempunyai niat ekonomi yang jahat kerana Sabah dan Sarawak kaya dengan minyak dan gas! Mereka mahu mewujudkan kekacauan agar supaya mereka boleh menakluk semula. Doris Jones, hanya sebagai alat untuk mencapai hasrat itu. Terpulang kepada anda sama ada untuk percaya atau tidak.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook