Latest News

Monday 5 January 2015

Turn off for: Malay PERMOHONAN BARU IMM13

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kerajaan negeri Sabah telah menghentikan pengeluaran... Oleh FB Luke James Stephens Biajin  (screenshot)

PERMOHONAN BARU IMM13 daripada warga Filipina telah dibekukan sejak tahun 2013. Ertinya, tiada lagi sebarang permohonan boleh diluluskan. Sebaliknya, 98,000 pemegang dokumen itu dibenarkan memperbaharuinya.

Erti kepada pembekuan itu, anak-anak kepada pemegang dokumen itu juga tidak lagi dikeluarkan, sebaliknya hanya dokumen keterangan mengenai kelahiran atau dokumen penduduk tetap, bukan warganegara.

IMM13 berstatus pelarian di bawah piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB), ertinya mereka tidak boleh dipaksa meninggalkan negara ini. Manakala Dokumen penduduk tetap, hanya merupakan identiti sementara yang membolehkan mereka tinggal di negara ini. 

Satu lojik berlaku, apabila ibu dan bapa pemegang IMM13 maka secara tidak langsung anak-anak adalah tanggungan kepada kedua-dua ibu bapa ini.

Kaedah seperti ini merupakan cara yang mudah untuk mengetahui jumlah sebenar berhubungan dengan kerakyatan asing daripada Filipina yang diberikan status pelarian.

Oleh kerana hanya tahun lepas sahaja, peraturan dikuatkuasakan, maka mereka yang tergolong dalam kategori ini masih kekal 98,000 setakat ini.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook