Latest News

Tuesday 13 January 2015

ULASAN BLOG JANGAN BUYUK SABAH ... BAH TEPAT!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Perkara 20 bukan sebahagian daripada pembentukan... Oleh Blog Jangan Buyuk Sabah … Bah (screenshot1) (screenshot2)
(ii) The 20-Point agreement Sabah (North Borneo) Oleh Blog SSKM - SSU(UK)
(screenshot1) (screenshot2) (screenshot3) (screenshot4)(screenshot5) (screenshot6) (screenshot7) (screenshot8)

PERKARA 20 hanya merupakan satu memorandum yang menerangkan keinginan rakyat Sabah menyertai Malaya, Sarawak dan Singapura membentuk Persekutuan Malaysia.

Memorandum itu perlu kerana keadaan Sabah pada ketika itu sangat ketinggalan berbanding Singapura dan Malaya.

Namun, Sabah turut masih mempunyai kuasa berkaitan imigresen, tanah, hak cukai, pendidikan, agama dan sebagainya.

Jika mahu menjadi pakar sejarah Sabah dan pakar sejarah pembentukan Malaysia, maka benarlah kata blog Jangan buyuk Sabah itu. Sejarah kena dibaca, wajib dicari dokumen-dokumen sejarah, dirakit, mahupun dirungkai. Akan tetapi jangan diberi tafsiran pada hari ini dengan keadaan pada masa lalu. Sejarah mesti bercakap dengan sendirinya sesuai dengan zamannya. Adalah tidak adil sejarah 1963 misalnya dibaca pada tahun ini, tahun 2015. Situasi dan keadaan serta zaman sudah berbeza. Para pelakupun sudah berbeza. sejarah adalah sejarah, bukan seperti ilmu lain berubah-ubah sesuai dengan perkembangan ilmu.

SSKM cuba mengulas sejarah sehingga perkataan "should" pun dibahas jika dibandingkan perkataan "shall". Pembahasan ini ditafsir pada hari ini, disesuaikan dengan kehendak hari ini. Namun, sejarah bukanlah demikian. 

Sejarah adalah "lantak paku"!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook