Latest News

Thursday 29 January 2015

Ulasan Sejarah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Dari meja Pertanyaan Haji Julaihi Haji Suut... Oleh FB Haji Julaihi Haji Suut (screenshot) (screenshot)

INILAH masalahnya jika sejarah mahu diubahsuai pengertiannya dengan diberi pengertian pada masa kini dan ditafsir pada masa kini sehingga ada sesetengah pihak yang ada niat mengambil kesempatan untuk memutarbelitkannya.

Memang benar dalam Malaysia Agreement 1963 (MA63), tiada point 7 yang membolehkan perpisahan kerana perkara itu terkandung dalam Perkara 20 sahaja.

Perkara 20 adalah memorandum daripada Sabah untuk dimasukkan ke dalam Perjanjian Malaysia, sebelum diistiharkannya sebagai Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Sejarah tidak boleh diubah kerana kalau sejarah boleh diubah, maka orang-orang Amerika yang berkulit putih dan hitam akan kehilangan kewarganegaraan kerana benua Amerika itu adalah milik orang asli Amerika iaitu Red Indians.

Demikian juga dengan rakyat Sabah, akan kehilangan hak kerana sebelum ini Sabah adalah kepunyaan Kesultanan Brunei pada seawal kurun 15 sehingga tahun 1882 dan Kesultanan Sulu di Timur Sabah pada tahun 1658.

Oleh kerana semua itu telah lama berlaku sebelum merdeka, maka selepas merdeka hanya tinggal sebagai sejarah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook