Latest News

Tuesday 13 January 2015

Umno Sabah Kena Hati-Hati


SEBUAH parti akan tumbang kerana perbuatan pemimpinnya. Ambil iktibar kejatuhan parti USNO pada tahun 1976, kejatuhan Parti Berjaya Tahun 1985 dan Kejatuhan PBS Tahun 1994.

Hingga setakat ini, Umno Sabah hanya kehilangan Datuk Lajim Ukin yang menyertai pihak lawan sebelum PRU-13 yang lalu. Akhir-akhir ini, tindakan seorang Ketua bahagian Umno Datuk Jumat Idris semakin kencang.

Jumat bersama tujuh Ketua bahagian Umno pernah berjumpa Perdana Menteri bagi membincangkan pelan peralihan kuasa peringkat negeri Sabah pada sebelum ini.

Meskipun suara 7 ketua bahagian itu tidak kedengaran, namun jurucakap mereka MP Sepanggar masih aktif walaupun masih terhad di media sosial.

Apa yang sukar diertikan, para pemimpin Umno yang biasanya membidas atau memberi nasihat kepada rakan-rakan mereka sekiranya ada masalah dalaman parti yang dihamburkan kepada umum. Namun pada kali ini, belum terdengar kenyataan-kenyataan seperti itu daripada mana-mana pihak.

Datuk Salleh yang biasanya akan membuat kenyataan memperbetulkan keadaan, seperti mana beliau lakukan semasa Datuk Lajim membuat kenyataan-kenyataan sebelum mantan Timbalan Menteri Persekutuan itu keluar parti. Namun tidak berlaku pada kali ini, apabila MP Sepanggar membuat kenyataan liar atau bersifat dakwaan berbaur fitnah.

Jangan haraplah kenyataan daripada Timbalan Ketua Menteri YB Datuk Seri Yahya Hussin atau YB Datuk Seri Hajiji Mohd. Noor kerana pemimpin ini kurang mesra kepada kenyataan-kenyataan media.

Datuk Seri Shafie Apdal tidak akan membuat kenyataan membela Umno Sabah kerana telah tersirat sejak sekian lama akan hasrat beliau mahu mengetuai Sabah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook